Wednesday, October 26, 2011

Gua join contest lah :)

asalamualaikum. selamat malam kawan2. ok,sekarang dah malam. takkan nak ucap selamat pagi pulak kan. gilo namenye. hehe. so, korang camne ? sehat ? dah lame tak update blog nih. takpelah, bukan korg kesah pun. melainkan aku nih artis kan. gedik popular gitu. muahaha. tapi sekarang aku nak story satu cerita nih. disebabkan aku bukan artis, maka aku nak jadikan diri aku seumpama artis. konon ah. tapi xdenye glamour cmtu. mmpi atas angin je lah. aku sekarang berjinak2 join contest kat fb. untunglahhhh ada fb. kalau xde, boleh join contest ? haha. kt fb je yg aku mampu. contest luar mmg aku tak pandanglah. actually, contest ni dah lme pun. due date smpai 6nov nih. de gak dalam sebulan jngka masa contest nih. contest nih anjuran MISSLADYANASHOPS. kalau korg nk shopping baju2 ke, shawl2 especially, leh la dptkn dri blogshop beliau. harga pun berpatutan. promote2. hihi  :)

tu la alkisahnya. jadi, pada korg2 yang terlampau rajin mengonline fb tuh, sudi2 kn lah vote pic aku. like je kt pic aku tuh. ni gmbr yg ak hantar. link ade kt bwh pic tu k :)

semoga dgn sokongan korg, aku boleh mendapat tempat dlm contest nih.
aminn..
hehe :)
bye2 !

Saturday, October 1, 2011

Happy Konvo kawan2 !

asalamualaikum. aku harap masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada mereka2 yang telah berkonvo, sedang berkonvo dan akan berkonvo. sekarang nih mmg musim berkonvo kan. yolah, masing2 lepas konvo tak sempat2 terus tukar DP facebook. haha. semangat la katakan. ade yang senyum lebar sampai ke telinga, ada yang pegang bunga n teddy bear sampai tak cukup tangan, ada yang siap berphotoshoot..kalau boleh kat seluruh pelusuk universiti tuh korg nak bergambar kn..haha..macam2..relaks..aku pun pernah berkonvo jugak. so,dah tahu macam mana perasaan bila dah konvo tuh. gembira n lega tak payah cakaplah. selama beberapa tahun bertungkus lumus belajar, mengharungi saat2 tensen dgn assignment n tesis, akhirnya dapat konvo gak. alhamdulillah. korang kena tepuk tangan untuk diri sendiri *clap2*. kalau bukan dgn usaha sendiri, mana mungkin korg dapat jejak kaki atas pentas tuh kan. tapi, dengan konvo nih bukan bermakna korg dah tak perlu belajar lagi. dalam hidup kita nih, hari2 yang kita lalui tu pun da jadi pelajaran buat kita. apatah lagi bila korg ada peluang untuk smbung belajar smpai ke tahap yang tertinggi. tak salah kn kita teruskan ? :)

nway, jeles jugak dgn mmber2 yang dah grad master nih. grad degree tak perlu nak jeles sangatlah. degree dah dalam tangan pun. hehe. harap2 aku pun dapat grad master mcm dorg tahun depan..aminn..korg doakan aku k..aku boleh bayangkan cmne kalau ak berjaya grad nanti..menangis...haha..yela, sekarang pun aku dah rasa susahnya nk habiskan master nih >.<

so, tahniah sekali lagi buat korang semua terutama kawan2 aku. n tak lupa jugak pada graduan2 UPM yang bakal berkonvo pertengahan Oktober nih. enjoy ur sweet moment :)

p/s : incik busuk pun dah grad n bakal berkonvo. tahniah sayang. saya bangga dengan awk. camnelah awak bila pakai baju konvo nanti. mesti comel kan? :)

bye-bye ! :D

Friday, September 30, 2011

Sekali dengar, nak dengar banyak2 kali lagi ;)

hai sayang2. asalamualaikum. lama rasanya dah tak update blog yg ntah hape2 nih. dah berhabuk pun *sambil mengelap2 skrin laptop*. rindu. haha. klise punye ayat. rindu konon. ingat blog nih boleh update diri sendiri ke ? jawab2 ! muahaha. ok. bukan tu topik utama yang aku nk utarakan pada entry kali nih. cuma gua nak berkongsi perasaan dgn korang bila gua dengar satu lagu nih. lagu ape ? lagu blog aku nih la. mungkin pada korg2 yang dah pernah dengar lagu nih, tak payah tergedik2 nk tanya aku nih lagu apa ok. pada yang tak tahu, aku izinkan menggedik sbb aku pun dah terkinja2 teruja nk perkenalkan lagu nih kat korg. haha. ok. tajuk lagu ni adalah JALAN yang didendangkan oleh kumpulan SOCIETY. kumpulan mne satu pun gua tak tahu. yang penting lagu nih best.

first time aku dengar lagu nih kat radio, aku dah tertarik. so,maknanya mmg best ah. aku pun dgn berwibawanya terus mencari lagu nih kat youtube.berulang2 kali aku dengar lagu nih kat laptop. yela, awalnya aku fikir lagu ni belum popular lagi. pe lagi, dgn cunnya aku promote kt mmber2 aku. tup2,de plak sorg minah ni cakap "weh,lagu ni da selalu keluar kt radio lah". ok fine. kau saja buat aku malu kan *tutup muka*. kesimpulannya kat cni, aku yang lambat atau radio yang cepat ? erk. pe bezanya ? haha.

jom layan lagu nih. gua sertakan lirik sekali. enjoy ! ;)

Jalan by Society

Kau..engkau yang memulakan
Kau yang menghiasi
Ruang hati..menyerikan hariku
Kau bagai matahariku
Menyinari bumi yang kemurungan
Mencorakkan pandanganku...pandanganku

Biarkanlah hari ini untuk kami
Meraikan musim ini seadanya
Semalam telah pergi
Esok belum tentu
Saat ini..di hari ini

Jalan yang terbentang tuk kita lewati
Tanpa gusar tanpa ada resah
Ketabahan..kita harus berani
Menghadapi..menghadapi

p/s : layan sambil menunggu panggilan rindu.

bye-bye :)

Friday, September 23, 2011

Contengan dari jari.

awak..
ingat tak dulu masa first time kita rapat..
awak cakap saya macam bintang hidup awak..
awak takkan tgk bintang kalau saya ada dengan awak..
tapi sekarang..
entah2 muka saya pun awak dah lupa..

awak..
ingat tak dulu masa mula-mula kita bersama..
awak selalu call saya..
awak selalu msg saya..
kalau awak tak dengar berita dari saya, awak cakap yang saya dah lupa kat awak..
tapi sekarang..
nak dengar suara saya pun awak dah rimas..

awak..
ingat tak masa kita selalu keluar dating..
awak selalu buat saya ketawa..
kadang2 awak buat lawak tapi awak yang ketawa sendiri..
saya suka sangat dengar awak ketawa...
saya suka sangat tengok awak senyum..
tapi sekarang...
awak selalu buat saya menangis...

awak..
ingat tak masa kita bergurau..
saya suka panggil awak 'busuk'..
awak marah..
tapi awak tetap ketawa..
lama2 awak tak kesah pun saya panggil awak mcm tuh..
tapi sekarang..
saya dah tak berani nak gurau dengan awak..
nanti awak marah..

awak..
awak ingat tak dulu awak pernah janji nak jaga saya..
awak janji nak bahagiakan saya..
awak janji nak gembirakan saya..
tapi sekarang..
mana perhatian awak kat saya ?

awak..
ingat tak masa saya sedih dulu..
awak selalu bagi saya kata-kata semangat...
awak selalu yakinkan saya yang saya boleh berjaya..
tapi sekarang..
mana awak bila saya perlukan awak ?

awak..
dulu awak cakap awak terima saya seadanya..
dan saya pun sama..
tapi sekarang...
kenapa awak menjauh lepas tahu kekurangan saya ?
awak dah tak sayang saya ?

awak..
awak cakap saya tak pernah berubah..
tapi kenapa awak yang perlu berubah ?
apa salah saya ?

semua jawapan ada pada awak :)

p/s : hati manusia mudah berubah kn. gua tak nanges ok. cuma mata basah sikit-sikit je. muahaha :p

Wednesday, September 21, 2011

Jawapan dari segala kesedihan.


asalamualaikum. hai :) hari ni aku nak jadi lebih sopan. sbb aku memang tau yg ak ni sopan. so,aku cume nk jadi sopan lebih sket je. macam biasa, hari ni aku tak ke mana2. jadi penunggu setia bilik di kolej. ada kerja yang perlu di settle. lecturer dah memanggil aku esok. tapi....mood nak buat kerja tu takde lagi. dgn demam yang baru nak kebah. dgn perasaan yang ntah hape2 sekarang. oh, lemah sangat :( sejak kebelakangan ni, status di facebook aku pun semua sedih2. secara psikologinya, mmg orang ramai yg nmpak update ak tuh, mesti berpersepsi yang aku ni dalam masalah. ada yang jujur sangat terus bertanya kat aku. n ada yang lagi hebat, terus bagi kata-kata semangat tanpa tau pokok pangkal cerita. haha. logiklah plak kan orang tgh gembira2 g update status yg sedih2. spoil mood lah gitu. tapi inilah aku. apa yang aku fikir,apa yang aku rasa, aku tak mampu nak luah pada siapa2. cukuplah hnya diluahkan secara kasar di medium rerakan. kalaulah aku mampu untuk meluahkan apa yang aku rasa, pada semua orang aku nak cerita. biar lega derita dalam hati nih. tapi apakan daya. bukan orang laen boleh tolong. aku hanya berserah dan semua terletak pada aku jugak. nway, aku berterima kaseh pada rakan2 yang banyak bagi support dan sangat2 memahami aku. aku tak nafikan, kalau tanpa diorg, mungkin aku tak sekuat ini . dan mungkin aku akan makin kuat untuk hadapi situasi seterusnya. insyaAllah :)

aku tiada jawapan yang tepat kenapa aku sedih sampai macam ni. tapi ayat2 kat bawah nih, dah mewakili diri aku untuk memberi jawapan. walaupun tak jelas, tapi inilah apa yang aku rasa sekarang. dan harap korang dapat main point dari kata2 di bawah :)


Andainya lelaki tahu..
dalam hati seorang perempuan, ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya..

Andainya lelaki tahu..
rajuk seorang perempuan minta dipujuk..
marah seorang perempuan perlu didekati..
sedih seorang perempuan harus didengari..
gembira seorang perempuan ingin dikongsi..

Andainya lelaki tahu..
di sebalik seribu satu rasa itu, ada sekeping hati nan lembut..
bukan untuk dimanjai..
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
hanya perlu sedikit perhatian agar rasa kasih itu terasa wujud walau di saat jauh..

Kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa bertanya pada diri seorang perempuan..
wujudkah cinta itu di hati lelaki ?
bila di saat jauh tanpa perkhabaran ?

sumber : youtube

p/s : aku rasa aku tak perlu jadi BODOH macam dulu :). maafkan saya awak, saya lakukan demi kebahagiaan awak jugak. dan saya harap saya akan buat keputusan yang TEPAT :(

Monday, September 19, 2011

Bukan taknak update, tapi taknaklah.

haha. agak kasar tajuk entry di atas kan. sori. hehe. eh, asalamualaikum :) aku rindu betul kat blog yang tak berapa nk blog sangat nih. tapi maaflah, belum ada masa yang betul2 sesuai untuk letak entry baru. dengan masalah peribadi lagi, tesis master yang tak gerak2 lagi n apa2 je lah yang menghalang. so, jangan rindu aku sangat ye. pape hal kesah aku mmg aku update kat mukabuku je. jangan lah lupa add aku. *promote diri*. ok lah. aku nk inform tu je. haha. 


bye-bye ! :)

Tuesday, September 13, 2011

Gua pun nk update pasal raya jugak ! ;)

asalamualaikum !

hai sayang2. ce teka aku kat mana. haha. tak payahla, biar aku jawab sendiri. aku dah balik UPM. hebat tak aku ? korang mampu ? kalau mampu meh datang cni teman aku T_T. gua tgh homesick gegila nih. rasa macam nak larikan diri. mama nak balik !!!!!!!!!

*setengah jam kemudian*

ok.dah berhenti nanges. muahaha :p dgn cerianya sekarang, aku nk update entry tentang lebaran tahun nih. rasa macam simple sangat. kalau dlu pun rasa simple, tahun ni pun simple, tahun depan agak2 simple tak ? gua rasa sama je. malam raya macam biasa, balik rumah nenek kat melaka. raya pertama mmg wajib family aku raya dkt melaka. lepas solat raya, makan2, tdo2, tgk2 tv, petang baru gerak balik batu pahat plak, kampung belah mama. yang bestnye raya kat rumah nenek kali nih, dijamu sekali dgn pokok rambutan yang lebat berbuah kt belakang rumah tuh. bukanlah pokok tuh yang nak jamu kita, kita jamu pokok tu sendiri ah. *maksudnya kena kait buah tu sendirian berhad*.

ni kat rumah nenek.
baju gua mmg simple gila sbb malas nak fikir pasl baju2 berfesyen nih.
haha
rumah nenek mmg betul2 tepi jalan besar.
bila amek gambar, mmg terasa HOT gila.
papa dan mama :)
the Fadhilla's
family :)
ni antara alasan logik kenapa aku pendek.
muahaha *lempang diri sendiri*
dan ini bukti yang memang aku pendek.
petang raya, trus gerak balik batu pahat plak. memang dah beribu2 lemon *tipu je* sedara2 yang ada kat sana. so, makcik2 pun dah buat plan baek g braye rumah2 sedara yang terdekat 2 hari berturut2. lepas area kampung, pergi kluang, lepas tu simpang renggam, lepas tu rumah aku plak kat sydney jb :)

malam raya pertama kat rumah makngah.
*aku macam org jakun tak pernah jumpa batang buruk*
sebelum berangkat ke kluang.
kereta unser ni pun bagi jamuan gak masa odw g kluang.
bagi jamuan pada kancil kt blakang tuh.
sedap tak sik KANCIL ? *hamek ko*
kereta unser yang papa drive nih eksiden masa on da way gi kluang aritu. kancil hentam. so, bayangkan lah kalau si kecik lawan si besar siapa yang menang. haha. aku takde masa nih sbb ak gedik2 g naek kereta org laen. bosan naek kereta sendiri kot. lalala. tapi sumenye ok, berjalan lancar lepas tuh walaupun tak dapat ganti rugi yang sepatutnye.

kat rumah pak uda :)
ni hanya SEBAHAGIAN je dari kerabat2 kitorg. bukan SEPARUH
atau KESELURUHAN. 
selaen beraye, ade je aktiviti2 luar drpd raya yang kitorg buat. beselah, mmg wajib kalau dah kumpul rmai2 utk hangout sme2. lepas ni masing2 da bwk diri pergi belajar, kje, menganggur dan sebagainya. haha. sempatla jugak kitorg melalak berkarok, maen bowling n tgk Hantu Bonceng tgh2 malam.

sesampainya aku kt jb, time untuk beraya dgn kawan2 plak :) penat tu letak tepi2 sket lah. yang penting dapat
beraya macam dlu2. cume agak kekurangan korum tp de tambah korum baru ;)

syairah, awak ni canteklah :)
rumah mmber hanah *wawa, kiri hujung sekali*
raya2 dah dapat kawan baru tau :)
aku join g wedding dak sekolah SBPI si hanah .
tak sangka dapat jumpa culin *yg tgh2 tuh*.
kitorg satu SIGS dlu b4 masing2 pindah sekolah asmara asrama :)
wan, hanah, syud, syairah n aku.
bukan sng nk jumpe si syud yg bz memanjang nih.
last2 serbu je rumah die. haha :)
sebelum bergerak ke rumah aku plak :)

beraya ke rumah ros esoknye :)
lepas aku n hanah beraya rumah ros, malam tu plak aku bawak adek2 aku yang gedik2 tuh pergi serang rumah Aliff Ridzuan :) sape beliau ? rahsia. haha

aku tak paham kenapa die sorg je yg duk posing *muntah*
tadaa!! ni la alep :)
muahaha. cukuplah dlu ye cerita raya fasa 1 nih. eh, aku ada cakap ke pasal fasa2 tadi ? takpelah, maksudnye cerita raya kat johor lah. nanti aku update plak cerita raya kt luar johor k. gua dah penat. rasa nk golek2 plak. jumpe lagi.

p/s : lu org ingt gua x dapat kumpul duet raya ke ? muka tak malu macam gua nih, kalau org hulur gua amek je. muahaha :p

papai ! ;)

Wednesday, September 7, 2011

everyday's word 1 :)


p/s : arini hari khamis. takde wordless2 wednesday ah. kalau boleh, hari2 gua nak wordless. haha

bye-bye.

Tuesday, September 6, 2011

Sekuat mana pun kita, kadang2 kalah jugak dgn air mata nih.

kn ? tak payah nak tipulah korg tak pernah menanges even korg rasa korg kuat.. paling2 pun korg akan sorokkan muka tak pun nanges dalam toilet.. heh ! macam aku hari nih.. pagi nih.. dah berapa hari aku berlakon ala2 macam incredible hulk.. kuat knon2 nya sebab taknak menanges.. tapi tadi aku rasa takleh nak tahan nafsu menanges tuh.. rasa mcm senang gila air mata nih jatuh.. sedangkan takde makhluk pun yang pukul, pijak, belasah, tampar n cium cubit aku..hebat kan penangan hati nih ? disebabkan hati yang saket, air mata pun boleh gedik2 nk keluar.. disebabkan hati yg ada perasaan rindu, air mata nih berlumba2 nak jatuh..ok..main point kt cni adalah RINDU..aku nih buat2 hot cool je kan..tapi aku tak boleh nak bohong diri sendiri..rasa rindu tu boleh membunuh..dalam tmpoh masa seminggu, aku rasa kehilangan sangat2..rasa hilang separuh nyawa aku..aku dah tak peduli orang nk cakap "buat apa bazirkan air mata untuk orang yang tak ingat kita"..sebab aku sendiri tak sure die ingat aku lagi atau tak..haha..

dan disebabkan rasa rindu ni lah aku buat kerja gila. gua nak hantar kad raya kat busuk.. haha.. sekarang mmg lah kerja gila kan. dah bpe hari raya baru terhegeh2 nak hantar kad raya..eh, duet gua..muahaha..bialah nampak eklas sket aku nak mintak maaf :p

gua baru lepas tulis surat dalam kad raya nih.
abaikan perkataan sayangku tuh. gua delete kang.
jiwang !  >.<
kadang2, rasa rindu tuh macam hilang separuh nyawa kan T_T

p/s : awak..lepas dgr awak membebel tadi, saya terus jadi ceria. terima kaseh awak sbb memahami saya ! :)

bye-bye.

Sunday, September 4, 2011

Satu pintu kebahagiaan hampir tertutup. harap2 takkan terus tertutup.

asalamualaikum.
hai sayang2 :)

arini aku rasa macam tak bersemangat je nk taip entry baru. tapi disebabkan aku ni mmg seorang yang berwawasan *anak merdekalah katekan*, aku gagahkan jugak jari ni. muahaha. erm..dah nak seminggu raya.sekejap je kan.tapi aku still tak berapa happy.happy happy jugak. tapi tak sehappy bila ada busuk dengan aku. huu.tetiba plak aku teringat pasal beliau. beliau menghilang sekarang nih. dah masuk 5 hari takde khabar berita. hanya Tuhan je tahu perasaan aku sekarang. aku still tggu n tetap menunggu. sabar n terus sabar. walaupun sabar tu ada tahap2 nya. tapi sabar aku masih belum melampaui batas ah. dari mana aku belajar sabar ni pun tak tahulah. cmne keadaan beliau sekarang ek. sehat ke tak. makin gemuk ke tak. yup, aku mengaku dgn korang, aku ade masalah dgn beliau sekarang. n makin meleret2 sejak raya pertama hari tuh. raya kedua, beliau msg mintak masa untuk tenangkan keadaan. ok, aku ikut je walaupun rasa rindu kt beliau macam nk rendam kepala dlm baldi. tapi kenapa beliau hilang terus ? T_T

mungkin salah aku. yup, mmg semua salah aku. aku rasa macam dah takde peluang untuk betulkan keadaan. apa yang aku rasa sekarang, aku lebih rela lepaskan beliau demi kebahagiaan beliau *dah macam zoo plak*. bia beliau rasa bebas tanpa apa2 ikatan dengan aku. dan mungkin itu yang beliau nak. aku dah tak sanggup nak saketkan hati siapa2 lagi. cukuplah buat kali nih. tapi aku taknak buat keputusan terburu2. orang kata, makan diri nanti. jadi, aku lebih selera selesa buat2 cool je walaupun snanye aku ni seorang yg hot. keputusan semua terletak kt tangan beliau. nak taknak, aku kena hormat.

kalau beliau boleh baca apa yang aku taip nih, aku cuma nak beliau tahu yang aku msih sayangkan hubungan nih. tapi aku hanya manusia biasa yang tak mampu untuk melawan takdir. andai kata jodoh kami setakat nih, aku kena terima. hanya Dia yang tahu apa yang terbaek untuk hamba2 Nya. dan aku yakin Dia telah merencanakan sesuatu untuk kami pada masa depan. namun, aku masih bersyukur kerana pernah dipertemukan dgn busuk, pernah dibahagiakan, pernah disayang, pernah diambil berat oleh beliau. terima kasih Allah untuk segala sinar kegembiraan itu walaupun hanya sekejap. dan aku harap, beliau akan jumpa seseorang yang lebih baik dari aku jika aku bukan pilihan beliau lagi. *yang penting bukan selena gomez pujaan hati beliau tuh*.

p/s : Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. tapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. Ya Allah, Kau kekalkanlah kebahagiaan dalam hidupku walau dalam bentuk apa sekali pun T_T


hoi, jangan nanges ah gedik ! *berkata kepada diri sendiri yang sememangnya dah bergenang nih*. gua kuat ok !


untuk awak, terima kaseh sbb sentiasa dengan saya ketika susah dan senang walaupun kita baru kenal. awak mmg comeeeeellllll ah ! haha  :)


bye-bye.

Friday, September 2, 2011

Nak wish selamat hari raya pun lupa T_T


hey peeps !
assalamualaikum :)
sori sgt2 sbb terlambat wish selamat hari raya kat korg2. dah raya ke-5 pun. walaupun takde sape yang nk baca sgt blog aku nih *hidup kena low profile*, tapi aku tetap terasa hot utk wish jgk kepada sape2 yang singgah masuk. kire siapa2 yang terbaca, korg memang antara yang special dan terpilih lah utk di wish oleh aku. haha. eklas dowh. ingt gua maen2 ke.

anyway, sekejap je dah masuk bulan syawal kan. kalau nak lebih saintifik lagi, dah masuk bulan september lah. aku dah pun buat satu hipotesis sebelum hari raya hari tuh. SEMAKIN EXCITED RAYA NAK DATANG, SEMAKIN BERKOBAR2 JUGAKLAH UPM PANGGIL BALIK. boleh ? haha. tu yang aku lemah tuh. tapi nk buat2 lupa je seolah2 upm tu tak wujud. gile tak sedar makin hari cuti makin singkat T_T

sebenarnya apa tujuan utama aku nih ? *sambil mengetuk2 kepala*. aku nk wish selamat hari raya kan ? muahaha. maaflah der..rasa cam dah melampau lambatnye bru nk wish raya. tapi disebabkan ni blog aku, aku atasi jgk kemelampauan tu ye.


pape pun, selamat hari raya. maaf zahir dan batin. mintak maaf kalau korg de terase dgn segala hasil tangan aku sebelum2 nih. *gua kena mention bnde nih sbb de org yg dah terasa*. takde niat utk mengutuk siapa2. sekadar berkongsi pengalaman, idea dan luahan rasa. korg ok kan ? :) sesungguhnya manusia takkan terlepas dari kesilapan termasuklah aku. sebab gua pun manusia gak beb ~
tak lupa jugak, selamat menyambut hari kemerdekaan. walaupun merdeka dah 3 hari lepas. raya raya jugak. merdeka jangan lupa. kalau kita tak merdeka, kita takleh maen mercun. haha.

p/s : rasa tersentuh tgk iklan2 raya dan merdeka dkt tv. salam 1 Malaysia ! :)

bye-bye .

Saturday, August 27, 2011

Gua rasa beruntung gila kalau dapat duet raya dah tua2 nih.

masehkah ada tradisi bagi duet raya dalam sampul ?
ke terus bank in ? haha
tgk tajuk macam aku nih desperate sgt je nk duet raya. eh. ingat aku ni nk sangat ke duet. *tipu2* haha. tapi kalau org hulur, cam bahlul sangat je kan tanak amek. yela, aku ni bukanlah dalam kategori yang perlu diblacklist terus. aku belajar lagilah. ak mention lagi sekali. AKU BELAJAR LAGI LAH. *sila2 berkerumun hulur duet raya*. cuma agak seganlah kalau nak terima sedangkan dalam hati bertumbuk2 suruh amek jgk sbenarnya. haha.  umur dah 23 kot. patutnye umur2 mcm nih dah kaya kumpul duet sndri. nk kawen pun boleh. >.< so, janganlah pasang niat nk kumpul duet raya mcm zaman kecik2 dulu ek.

pejam celik kejap je kan masa berlalu. rasa macam baru je lagi aku jadi kanak2. muahaha. tak payah cerita lah masa berhingus dulu. berlumba2 nk kumpul duet raya siapa paling banyak. tak cukup satu sampul. kalau dapat sekeping duit kaler hijau, tu dah kire besarlah. zaman sekarang, dpt duet kaler merah pun masih nk mengomel tak cukup. haha. kadang2 sehari jalan raya boleh singgah smpai lebih 10 buah rumah. yelah, 1 rumah tak smpai 5 minit pun masuk. almaklumlah, niat bukan nk makan. nak makan kt rumah sendiri pun boleh. kadang2 air atas meja pun  hanya cecah bibir je. bukan minum pun. tapi kalau time tgh haus, dapat plak air yang tak berapa nk sedap, rumah tu kna banned ah tahun depan. lagi2 kalau datang sia2 je. setakat promote kueh, baek takyah makcik. kan ? haha. agak2 penat, balik rumah dulu. petang smbung jalan balik. selagi tak capai target, mmg lupa diri >.<

selalunya duet raya aku n adek2 aku lebih kurg sama je. tapi kalau si gedik tuh baca apa yang ak taip nih, kompem die nk kata yang duet raya die lebih dari aku. gua tangan kang ! haha. tapi serious, rindu saat beraya masa zaman kanak2. sekarang dah terlampau banyak perubahan. ntah2 sekarang dah tak maen duet raya. duet raya dah ganti dgn topup mungkin. haha. jangan nk pelik sangatlah. beli handphone sekarang macam beli syur je..pilih2 !

apa pun, kenangan tu akan tetap tersimpan sampai bila2..kalau gua ada anak, gua bagi die 50 sen je. macam gua dapat dlu masa kecik2. haha *gila tak puas hati*

p/s : niat macam nak mintak duet raya dari incik busuk. tapi gua rasa macam bermimpi je kalau beliau bagi. kahkahkah.

bye !

Friday, August 26, 2011

Cinta mati sama lu bro ! ♥

credit to farah mn 
hey bro..

walaupun gua tak pernah baring atas dada lu *peh,bahaya dowh ayat nih*,
tapi gua tetap cinta mati sama lu.

walaupun gua selalu tergedik2 kol lu hari2 n lu slalu susah betul nk angkat kol gua,
tapi gua tetap cinta mati sama lu.

walaupun gua macam org gila hantar msg bertimbun2 kt lu tp kekadang lu cume balas dgn sekeping msg je,
takpe..
gua tetap cinta mati sama lu..

walaupun gua selalu cakap 'iloveyou' kat lu berkali2 n kadang2 lu macam malas nk jawab,
gua sabar..
gua tetap cinta mati sama lu..

walaupun gua selalu nanges teresah2  teresak2 sambil berteriak 'imissyou' n lu selalu kalis dgn berkate 'asek rindu je..smpai bile nak habis',
eh..gua tahan lagi..
takpe..gua tetap cinta mati sama lu..

walaupun gua rasa lu dah tak sayang gua..
walaupun gua rasa lu tak bagi perhatian kat gua langsung..
walaupun gua rasa handphone lu nk kena buang dgn gua..
walaupun gua rasa lu da makin brutal dgn gua..
walaupun gua rasa lu makin buncit n jambu..

dan 

walaupun gua rasa macam nk KETUK2 kepala lu...
*hamek ko*

TAPI GUA TETAP CINTA MATI SAMA LU !!

lu ingt cukup 'walaupun2' gua kat atas nih ??

banyak lagi bro...
tapi gua nak pendam je..
sbb gua tahu takde manusia yang sempurna..
termasuklah gua n lu..
haha :)

*hanyaawakdihatisaya*



p/s : bahasa di atas tidak sesuai digunakan di mana2 majlis rasmi, sebarang bentuk peperiksaan atau perbualan bersama warga emas. tapi kalau korg berani, try lah. haha

ni lah 'bro' yang gua maksudkan.
nk tampar lu laju2 boleh bro ?
iloveyou ♥
bye-bye ! 

Tuesday, August 23, 2011

Tolong perlahan sikit ye makcik :)



hai guys !
asalamualaikum ;)
aku baru lepas masak sahur..
masak masakan yang paling simple bila dah malas sgt..
tp pada aku semua masakan simple sbb aku kan masak suka hati je..
muahaha :D
ahh..yang penting makan.
ape de hal :p

eh..
bila aku godeh2 blog aku nih, tibe2 plak aku teringat satu cerita kelakar..
haha.
tp dah lama lah berlaku..
2 minggu lepas tak silap aku..
masa tuh kitorg tgh shopping raya kat Giant Plentong..
ohh..rindu giant tuh..
dlu masa kecik2, suka betul g sane sbb ade ikan naga yang besar dalam akuarium..
beselah, budak kecik..
kalau tak jakun, mmg tak sah..
muahaha :p
ok, sambung sebelum meleret..

dah shopping2 tuh, singgahlah sekejap kt surau nk solat Zohor..
kitorg adek beradek dgn mama..
masuk2 je, ade seorang makcik ni tgh solat..
ada lagi beberapa org yang masuk surau tuh lepas kitorg..
siap2 kitorg amek wudhu' semua, makcik yg tgh solat tadi dah habis solat..
sementara tunggu turn nk solat, aku perhatikanlah gerak geri makcik tuh..
mata cantek, sayang tak guna nk tgk org kan..
haha..
ak nampak makcik tu amek al-Quran..
ok..
*bagus makcik nih* kata aku di dalam hati..
sbb ak kompem mesti makcik ni nak mengaji..
makcik tuh pn start lah baca bismillah..
ok, tu relaks lagi..
makin lama makin kuat die baca..
sdgkan dpan die beratur org yg solat n baru nk solat..
mama pun cuit bahu makcik tuh, mintak perlahankan sket bacaan..
makcik tuh toleh, tapi mcm xde ape yg berlaku..
eh, makin kuatla..
aku rasa makcik ni tgh praktis nk masuk pertandingan tilawah kot..
sampai mama berkali2 tak jadi nk solat dgn gangguan dr bacaan makcik tuh..
then, ada lagi sorang kakak ni cuba naseb utk pujuk makcik tuh..
kali ni ada respon..

kakak : cik , baca perlahan sket..rmai org nk solat nih..
makcik : ni dah perlahan la nih...*smbil menyambung bacaan*

erkk ??
aku n adek tercengang..
dah perlahan?
aku rasa smpai luar surau boleh dgr bacaan merdu makcik tuh..
tu volume perlahan..
bayangkan kalau makcik tuh menjerit..
mahu satu giant tu boleh dgr suara die..
haha  >.<

makcik, makcik..
nak baca Quran mmg tak salah..
tapi tolonglah hormat sket org2 yg nk bersolat..
bila dah kosong surau tuh, nk baca kuat2 30 juzuk pun takpe makcik :)

maka, bersolatlah orang2 dalam surau tu seperti biasa..
termasuk aku T_T
cam bese, dalam kereta, ungkitlah balik situasi tadi..
harap2 tak kurang pahala puasa kitorg..huhu

itulah manusia..
bye !

Thursday, August 18, 2011

Hai biji saga..saya rindu awak ;)

asalamualaikum :)
aku tak tahulah camne tiba2 aku boleh teringat pasal biji saga nih..
tapi aku sangat teruja bile bercerita tentang kenangan aku dengan biji saga pada seseorg..muahaha
eh, korang tahu tak biji saga tuh ape ?
snanye aku cuma tahu yg biji saga ni kaler merah..merah menyala..
fungsi dan asal, siyes aku tak tahu..
huuuu..memalukan je :p
eh, tapi dlu aku suka sangat kumpul biji2 saga nih..
aku suka kaler merah dia tuh..
kumpul banyak2, letak dalam bekas..
pastu rendam dgn air..
peh, naek kaler die..
cantek sanggaaaattt..
haha..
nk tau mne aku kutip biji2 nih?
dlu setiap kali balik sekolah agama dalam utm tuh, aku kne jalan kaki..
sepanjang jalan kt utm tu byk pokok2 saga nih ( eh,btul ke nme dia pokok saga >.< )
so, bykla biji2 ni yg gugur bertaburan tepi jalan tuh..
aku pun kutiplah..
tak kire basah or tak, ak amek simpan dalam poket..
kadang2 habis merah poket bju sekolah ak yg putih tu gara2 aku letak biji saga nih dalam poket..
bila smpai ofis papa, ak mmg dah standby bekas utk biji saga nih..
rendamlah dalam sehari...
knon2 buat eksperimen lah..saja nak tgk ape respon biji saga nih seterusnya..
bile tgk besoknye, ada biji saga nih yang dah pecah2..
melekit2..hehe..
sampai merah2 air tuh..
then, pas puas da tgk, aku pun buangla..
esoknye aku kutip lagi..
mmg agak lme gak hobi aku ni bertapak dalam hidup..haha..
seronok kan..
pelik ?
takla, sape cakap..
pelik tu kan unik..
haha :)

ni la biji saga :)


skang aku dah tak pernah jumpe lagi biji2 saga..
sbb tu gue rindu bangat sama biji saga !
nk aktifkan balik hobi nih, macam melampau lah plak..
haha..
bye ! >.<

Friday, August 12, 2011

Puding Karamel MAMA ! :)

Aiyookk..
sejak bermenjak2 nih, aku asek post pasl makanan je kan..
mentang2 la puasa..
eh,nape nk plek plak..
kn blog aku..
muahahaha..
aku nk tnjuk suprise kt korg nih..
meh tgk..

Pelik tapi Benar !!


betul..tak tipu..
ni lah puding karamel buatan mama..
disebabkan anak2 beliau suka gila dgn puding nih, mama pun pun bertekad lah nk belajar buat..
then, ni lah cubaan pertama mama..
aku tengok mula2 pun gelak..
ni puding karamel ke, telur hancur ?? 
erk ? >.<
banyak kali mama cakap, "rupa je xde, tapi bau dah ade dah"..
haha..
ak paham..
mama nk sedapkan hati :p
mama ckp, mama tak ikut acuan yg betul..
sbb tu hncur mcm nih..
lepas buke, masing2 try rasa..
SEDAP !
serious sedap..
rasa macam beli punye :)
hancur pun hancurla..
yang pentig ada rse..
tu la..
lain kali, dont judge a book by its cover..
lalalala ~

haha.
bye ! ;)

Monday, August 8, 2011

Masakan pindang sahur saya :)

muahaha.
tak penah2 aku post gmbr pasal masakan aku.
sbb aku tau mmg tak nampak menarik.
rasa pun kekadang je sedap.
kdg2 takde rasa :p
tapi atas permintaan ramai yg tak tahu pindang tu apa, ak upload jugaklah gmbr ni kt mukabuku.


ha..
ni lah ikan masak pindang..
simple gile..
sekejap je nak masak :)
kalau tak silap aku, area pantai timur panggil singgang..
tp laenla sket cara masaknya..
takdelah kuning harimau malaya cm aku masak nih..
terlebih kunyit..haha
sedap tak sedap, kne tgu mama komen ah masa sahur nnti :p
nampak tak cili hijau tuh?
tu resipi suka2 aku nk letak..
biar pedas..heee

cara masak senang je.
mudah kalau ikut resipi suka2 aku nih,
muahaha.
tumis bwang besar yang dah ditumbuk.
bila dah wangi,masuk kan air.
masukkan sekali asam keping.
kalau nk masam, letakla lebih sket :)
dah mendidih, letak serbuk kunyit sket n masukkan ikan..
bila mendidih lagi sekali n ikan dah masak, masukkan cili..
last, tutup api..
senang kn :)

eh,da nak bersahur nih.
selamat mencuba !
bye ! >.<

Friday, August 5, 2011

Don't ever ever !


 Don't ever beg someone u ♥, to ♥ u back,
If they don't ♥ u, just leave them,
That is how u hold your pride...
( if u cant save a relationship..at least save your pride..)
"Treat yourself as a person of value. Prize yourself, as the one who loves you will prize you. .."


merenung sejenak.
seperti pernah aku lalui situasi di atas.
tapi dah terlalu lama.
dah basi untuk diingat.
apa2 pun, mmg betul quote nih.
bila jadi kt kite n lame2, rasa bodoh plak.
aku harap takkan terjadi pd aku lagi.
sebab aku tak tahu adakah ak mampu sekuat dulu T_T

jaga maruah sebagai manusia.
itu yang lebih penting.
jangan hanya kerana sebuah perhubungan, tergadai segalanya.
bila orang dah taknak, move on.
tak perlu dikenang, tak perlu ditangisi.
buktikan yang kita boleh menjadi lebih baek dan kita juga berhak disayangi oleh orang yang betul2 ikhlas.
tapi jangan berdendam.
tak baek :)

p/s : sumpah. suka quote nih :)

bye !

Ubat paling mujarab dan penyakit paling merbahaya.

asalamualaikum.
aku nak berkongsi satu kata2 yang dilontarkan oleh imam muda asyraf.
sangat menginsafkan.

" dalam dunia nih, ada satu benda yang boleh jadi ubat paling
mujarab dan boleh jadi penyakit yang paling merbahaya iaitu hati ibu bapa. jika kita taat dan sentiasa menyenangkan hati ibu bapa, maka ibu bapa akan berdoa untuk kita di mana doa mereka  makbul dan itulah ubat paling mujarab. tetapi jika kita menderhaka dan menyakitkan hati mereka, maka mereka tidak redha dengan kita dan itulah penyakit yang paling merbahaya buat kita"


antara tips mengelakkan dari menderhaka kepada ibu bapa :



  1. patuh kepada suruhan Allah. insyaAllah, kita akan patuh juga kepada ibu bapa. jika dengan Allah kita berani melanggar suruhanNya, apatah lagi dengan ibu bapa.
  2. sentiasa mencium dan menyentuh ibu bapa kita. InsyaAllah kedegilan yang ada dalam diri akan pecah.
  3. lihat video ibu yang sedang melahirkan anak. hayati betapa susahnya ibu melahirkan kita. 


renung2kan sejenak.
pernahkah kita menyakiti hati ibu bapa kita ?
mohonlah ampun dengan mereka selagi ada kesempatan.
sesungguhnya ibu bapa kita memang tiada pengganti.
jasa dan pengorbanan mereka tidak pernah akan terbalas walau segunung harta mampu kita beri kepada mereka.

aku sedar, aku tidak mampu memberi apa2 lagi pada mereka.
aku tiada harta.aku tiada kerja.
tapi aku akan cuba menggembirakan dan menyenangkan hati mereka.
Ya Allah..jadikanlah aku dan adik2 ku anak yang solehah,yang patuh kepada ibu bapa kami.
dan jauhkanlah kami dari perkara2 yang menjadi laranganMu.
aminn..

bye !

papa mama . iloveyou.

Tuesday, August 2, 2011

Cinta Seteguh Kinabalu :)


hai sayang2 !
semenjak aku duduk rumah, aku lah penonton setia TV besar kt dalam rumah nih.
tak kire masa lah mmg ak mengadap je.
so, aku selalulah tonton cerita2 yang de kt tv tuh.
macam2lah.
melayu, indon, hindustan, tamil..
habis satu cerita, sambung plak cerita laen..
daripada aku tak reti layan, sampailah aku tangkap cintan dgn cerita2 tersebut.
hah.
yang aku takleh blah, aku tak pernah miss tgk satu cerita nih.
sejak tgk kali pertame, terus melekat beb.
kebetulan cerita tuh setiap hari isnin n selasa jam 12.30 tghari.
orang yg kne start kerja hari snin kompem menyampah bile hari isnin sampai.
laen plak dgn aku.
hari isnin lah hari yg aku tak sabar nk tgu semate2 nk tgk cerita nih.
muahahaha :p
sampai adek2 aku pun naek bosan dgn keletah aku.
plek ?
yup. aku sdar aku memang plek dari dlu.
kadang2 mnde yang orang tak tahu, aku boleh tahu.
mnde2 yang orang laen tak suke, aku boleh suke.
mnde2 yang orang laen tak buat, aku nak buat.
tapi itulah aku.
kepelikan tu yang memberi keunikan.
contohnya, aku like komen n status sendiri kt mukabuku.
haha.
tapi yg sebenarnye takde yg plek pun pasl cerita yang aku ngadap nih.
cume ia cerita dari Sabah :)
bukan cerita melayu biasa.
bahasa yang digunakan pun bahasa mereka.
naseb baek ade translation.
kalau tak, dah belajar bhsa Sabah aku skang. haha
jalan cerita yang menarik wlaupun agak simple.
apa yang ak tertarik sangat, pengarah cerita nih mungkin nak membuka mata orang Malaysia tentang kecantikan negeri di bawah bayu tuh.
banyak tempat2 menarik di Sabah yang ditonjolkan.
lagu2 dalam cerita ni pun sedap didengar :)
hero?
boleh tahan lah. muahaha :p
kalau korang nak dengar OST cerita nih, juz click here :)

tu je.
bye ! :)

Monday, August 1, 2011

Kembalikan dia...


saya perlukan awak.
saya nak awak yang dulu.
saya merayu T_T

p/s : i loveyou.

Patah bukan sebarang patah !

aiyook..
ape la merepek tajuk entry aku nih ?
patah ape yang bermakna sgt nih ?
patah hati ? patah tulang ?
muahaha.
mestilah bukan.
nehi hai !
ini patah laen beb.
patah bukan sebarang patah tau.
patah datang dari banjar :)
banjar tu ape ?
sila google ye :p

jeng3 !
ni lah makanan tradisi banjar yang aku nak perkenalkan pada korang.
PATAH nmenye :)
heeee...
unik kan ?
aku dengar2 ade jugak nme laen bg patah nih.
tp aku tak tahulah plak ape nme2 laen yg tersenarai.
yg penting, dari kecik aku dah knal makanan ni dgn name patah :)
patah pun patahlah.
asalkan, betul2 hao liao !
meh2 tgk gmbr sket >.<

ni tepungnye. diperbuat drpd tepung beras dan kapur . bukan kapur kasut
atau kapur barus ok. kapur makan lah :)

ni lawannye. kari udang dan kentang :)
ok. siap dimakan ! >.<
family belah mama aku mmg berketurunan banjar.
teringt masa dlu2, slalu makan patah ni beramai2 dgn family besar aku.
lagi2 time berbuka puasa.
mmg hidangan wajib setiap tahun.
sedap dowh !
sehingga menjilat betis :)
nk tahu resipi ?
ish.
senang sangat,
tp janganlah tanye aku eh..
sbb aku tak tahu..
ok..malu..
tutup muke jap >.<
haha.

bye !

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan :)


asalamualaikum :)
aku rase entry pasal salam ramadhan nih mmg wajib diupdate oleh semua blogger kn.
muahaha.
semua org wish, aku pun nk wish jugak.
so, ni wish daripada aku ;

selamat menyambut bulan Ramadhan kawan-kawan. tingkatkan amalan kita di bulan
yang penuh barakah ni umpama Ramadhan ni Ramadhan yang terakhir buat kita. hayatilah Ramadhan  
kali ni sebaik-baiknya :)

p/s : cuti2 jugak, tapi jangan lupe ganti >.<

bye ! 

Monday, July 18, 2011

Nasehat Mama :)

mama cakap, dah kawen nanti tak payah beli rumah besar2, kereta mahal2.
yang penting AGAMA.


ok mama.
tak jadi beli rumah yg ada kolam renang.
tak jadi beli satria NEO idaman.
nmpknye kena teruskan pencarian lelaki beriman.
dan mantapkan agama diri sendiri dulu.
boleh?

tapi..
agak2 ramai lagi tak lelaki macam nih.
jawab..jawab...

p/s : nk acap muslim jgk >.<

hai abg acap muslim. knape awk ni hensem sangat ? >.<
eh? ni bukan abg acap. ni james franco. siapa tuh? cari sendiri :p
kenapa muka awak macam ala2 acap muslim nih ? muahaha 
bye ! :)

Friday, July 15, 2011

Kisah hati.


 awak..
ingat tak dulu saya pernah tanya awak.
kenapa awak nak duduk dalam hati saya sedangkan awak ada rumah ?
lepas tu awak jawab.
awak kata hati saya selesa.
awak dapat kasih sayang yang cukup.
awak rasa bahagia duduk dalam hati saya.
dan awak berjanji akan jaga hati saya mcm rumah awak sendiri.
saya tersenyum.
saya terharu.
saya percaya dengan kata-kata awak.
saya rasa indah sekali saat tu.

hari berganti hari.
bulan berganti bulan.
saya biarkan awak duduk dalam hati saya.
serba serbi kekurangan kita baiki sama-sama.
supaya awak akan tetap selesa duduk dalam hati saya.
awak jaga hati saya baik-baik.
saya bahagia sangat.

tahun berganti tahun.
saya rasa hati saya dah mula rapuh.
saya beritahu awak, jagalah hati saya baik-baik.
awak kata awak akan cuba.
saya diam.
tapi makin lama makin sakit awak.
saya rasa hati saya dah nak roboh.
dah tak mampu nak tampung awak lagi.
awak.
jangan buat macam nih.
kan awak dah janji dulu.
awak nak buat hati saya ni macam rumah sendiri.
awak nak jaga hati saya dengan baik.
tapi.........

awak..
saya tak mintak awak bayar sewa pun utk duduk dalam hati saya nih.
saya cuma mintak kasih dan sayang awak seperti mana hati saya bagi pada awak.
tak lebih.
tapi awak tak perlu risau.
andai kata awak tinggalkan hati saya, hati saya tak akan roboh sepenuhnya.
kerana saya pasti ada penghuni laen yang boleh jaga hati saya.
saya ada kawan-kawan, saya ada keluarga.
apa-apa pun, saya nak berterima kasih pada awak.
sebab sudi jaga hati saya walaupun sekejap.

saya merayu.
jangan tinggalkan hati ini.
jangan saketkan hati ini.
sebab..
hati ini masih perlukan awak.
dan hati ini masih sayangkan awak.

p/s : i ♥ you

Wednesday, July 13, 2011

Kadang2 perasaan mmg tak boleh diluah !


kenapalah kau ni suka saketkan hati aku.
buat aku bahagia sehari pun jadilah.
demm.

bye ! :(

Ketika hati muslimah itu terluka...

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH
Tabahkanlah HATIMU duhai muslimah disaat dirimu TERLUKA.. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin sentiasa dekat denganmu..

copied from Noor Kamalia :)
thnk u sayang.

bye !