Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan :)


asalamualaikum :)
aku rase entry pasal salam ramadhan nih mmg wajib diupdate oleh semua blogger kn.
muahaha.
semua org wish, aku pun nk wish jugak.
so, ni wish daripada aku ;

selamat menyambut bulan Ramadhan kawan-kawan. tingkatkan amalan kita di bulan
yang penuh barakah ni umpama Ramadhan ni Ramadhan yang terakhir buat kita. hayatilah Ramadhan  
kali ni sebaik-baiknya :)

p/s : cuti2 jugak, tapi jangan lupe ganti >.<

bye ! 

Monday, July 18, 2011

Nasehat Mama :)

mama cakap, dah kawen nanti tak payah beli rumah besar2, kereta mahal2.
yang penting AGAMA.


ok mama.
tak jadi beli rumah yg ada kolam renang.
tak jadi beli satria NEO idaman.
nmpknye kena teruskan pencarian lelaki beriman.
dan mantapkan agama diri sendiri dulu.
boleh?

tapi..
agak2 ramai lagi tak lelaki macam nih.
jawab..jawab...

p/s : nk acap muslim jgk >.<

hai abg acap muslim. knape awk ni hensem sangat ? >.<
eh? ni bukan abg acap. ni james franco. siapa tuh? cari sendiri :p
kenapa muka awak macam ala2 acap muslim nih ? muahaha 
bye ! :)

Friday, July 15, 2011

Kisah hati.


 awak..
ingat tak dulu saya pernah tanya awak.
kenapa awak nak duduk dalam hati saya sedangkan awak ada rumah ?
lepas tu awak jawab.
awak kata hati saya selesa.
awak dapat kasih sayang yang cukup.
awak rasa bahagia duduk dalam hati saya.
dan awak berjanji akan jaga hati saya mcm rumah awak sendiri.
saya tersenyum.
saya terharu.
saya percaya dengan kata-kata awak.
saya rasa indah sekali saat tu.

hari berganti hari.
bulan berganti bulan.
saya biarkan awak duduk dalam hati saya.
serba serbi kekurangan kita baiki sama-sama.
supaya awak akan tetap selesa duduk dalam hati saya.
awak jaga hati saya baik-baik.
saya bahagia sangat.

tahun berganti tahun.
saya rasa hati saya dah mula rapuh.
saya beritahu awak, jagalah hati saya baik-baik.
awak kata awak akan cuba.
saya diam.
tapi makin lama makin sakit awak.
saya rasa hati saya dah nak roboh.
dah tak mampu nak tampung awak lagi.
awak.
jangan buat macam nih.
kan awak dah janji dulu.
awak nak buat hati saya ni macam rumah sendiri.
awak nak jaga hati saya dengan baik.
tapi.........

awak..
saya tak mintak awak bayar sewa pun utk duduk dalam hati saya nih.
saya cuma mintak kasih dan sayang awak seperti mana hati saya bagi pada awak.
tak lebih.
tapi awak tak perlu risau.
andai kata awak tinggalkan hati saya, hati saya tak akan roboh sepenuhnya.
kerana saya pasti ada penghuni laen yang boleh jaga hati saya.
saya ada kawan-kawan, saya ada keluarga.
apa-apa pun, saya nak berterima kasih pada awak.
sebab sudi jaga hati saya walaupun sekejap.

saya merayu.
jangan tinggalkan hati ini.
jangan saketkan hati ini.
sebab..
hati ini masih perlukan awak.
dan hati ini masih sayangkan awak.

p/s : i ♥ you

Wednesday, July 13, 2011

Kadang2 perasaan mmg tak boleh diluah !


kenapalah kau ni suka saketkan hati aku.
buat aku bahagia sehari pun jadilah.
demm.

bye ! :(

Ketika hati muslimah itu terluka...

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH
Tabahkanlah HATIMU duhai muslimah disaat dirimu TERLUKA.. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin sentiasa dekat denganmu..

copied from Noor Kamalia :)
thnk u sayang.

bye !

Monday, July 11, 2011

Apabila dah takde kerja sangat ..

asalamualaikum.
how's ur day darlings??
lama rasenye aku dah tak update blog.
*mengada2 lah kau*
haha.
post kali ni takde ape yg penting pun yg aku nak share.
tapi aku tgh puas bergelak dgn mmber2 kt mukabuku nih.
berperang komen.
gile 4 org hentam aku sorang.
yelah,aku baru post gambar yg agak tak senonoh siuman dlm grup.
masing2 tak boleh tahan gelak.
tu lah kerja ak secara tak rasminya bila aku mmg betul2 bosan.
lagi2 ade kakitangan tambahan (adek2 aku lah tuh).
bila aku tgk sndiri pun boleh buat aku gelak.
mmg berkesan untuk menghapuskan rasa sedih.
let's check it out.
gelaklah korg smpai muntah ! :p
















nk muntah tak? nak muntah tak?
jijik kan muka2 nih.
haha.
alien sungguh.
alien lagi cantek agaknye.
hey, dont take it too serious ok !
sbgai hiburan je.
alhamdulillah,muka aku maseh normal.
lalala~

bye !

Saturday, July 9, 2011

Roadblock tetap roadblock.

Asalamualaikum.
aku dah selamat sampai rumah :)
alhamdulillah, naseb baek perjalanan lancar.
mati2 aku ingt kitorg akn stuck on da way balik dari shah alam tadi.
lalu ikut puchong, xde masalah.
no roadblock2, no polis2 yang bermisai tebal ok.
cuma agak kesian melihat kereta dari arah yg bertentangan.
agak2 berapa hari (melampau kau nih) dorg akan sampai ke destinasi ?
cane la kalo ambulan nak lalu.
pesakit dalam ambulan tu jalan sendiri pun dah leh sampai dlu agknye.
muka masing2 kompem bengang n bengong dgn situasi tersebut.
alah, diam2 je la kan.
nak buat macam mane.
sapa suruh taknak naek kapal terbang kn ?
haha :p

bukan tu topik utama sebenarnya.
balik2 tadi terus on9 muka buku.
cis.
dah agak, post, status n komen2 pasal perhimpuan BERSIH melambak2.
ada maki, ada sokong, ada pasrah dan macam2 reaksi yang tertonjol.
menarik plak bila aku baca.
last2 aku post status baru yang berbunyi,  


status2 dan komen2 pasal BERSIH sangat menarik perhatian . Tp apa yg pasti, ia tetap tak boleh menghentikan mane2 roadblock..bersabar ye..

betul tak ?
berapa banyak status n komen yg korg post pun, takkan dapat ubah situasi.
apa korang ingat pakcik2 polis tu on9 fb ke time buat roadblock ?
nehi hai nehi !
kalau on9 pun, agak2 buat bodoh je.
yang penting gaji jalan.
ye dok ?
hah, tu je nak ngomel.
pape pun, tahniah untuk  BERSIH sbb berjaya menguasai beberapa jalan di KL.
*maknanya jalan tutup ah tuh*
ok,bye !

Friday, July 8, 2011

Kena naek kapal terbang ke ?

Seperti yang kita2 sedia maklum, hari ni banyak jalan yg tutup kt area kL n selangor.
semua ni gara2 perhimpunan BERSIH yang tak berapa nak bersih sangatlah.
mungkin seperti perhimpunan sekolah.
*hamek ko*
jadi, kepada mereka yang rasa2 nak berdating, lebih baek duduk rumah calling2 je. takpun webcam.
mereka yang rasa2 nak bershopping, simpan2 duet tuh dulu.
mereka yang rasa2 nak berjalan2, rehat2 kan kaki tuh.
simple.
tapi kalau degil nak keluar jugak, aku sarankan naek kapal terbang.
selamat sket.
xde roadblock2, jem2, polis2 yang bermisai lebat dan seangkatan dengannya.
setuju ?
damn.
aku taip pjg2 nih mcm tak bersalah je kan.
tak sedar yang pagi nanti aku tetap kne lalu dan lintas jalan2 sesak tuh utk ke shah alam.
sabar2.
cis.
takleh sabar.
belum lalu tapi dah hangen.
ish.
boleh tak buat sesuatu tuh jangan menyusahkan orang lain??
ok, bye !

p/s : aku tetap kena balik jb hari nih. aku dah rindu tv besar tuh. doakan perjalanan kami selamat ye :)

Pinjamkan mata dan telinga anda sebentar untuk babak ini :)


asalamualaikum :)
syg2, aku nak berkongsi perasaan aku sekejap..
oh.
dah berapa kali aku menanges berhingusan hanya melihat salah satu babak sinetron ini.
aku bukanlah peminat gila2 sinetron Indonesia.
lagi2 yang episod panjang berjela dan boleh mendatangkan kemuntahan di akhir episodnya.
tapi aku suka jalan cerita sinetron nih.
ok fine.
takdela mengikuti sangat. skip2 pun boleeehhh.
dalam babak nih hero (tak hero sangat) dia mati.
kalau korg pernah tgk dari awl, korang akn tau cmne perjalanan kisah cinta unik diorg nih.
korg akan tau betapa besarnya cinta lelaki tuh pada perempuan nih.
last2 mati la plak.
cis.
baru nak layan kesah cinta diorg.
dah tak menariklah.
kat dunia nyata, boleh kira dgn jarilah berapa ramai laki yg mcm hero cite nih.
takdela sama macam watak SETH TAN tuh.
laen sket.
tapi masih lagi boleh mencairkan hati wanita lembut cengeng seperti aku nih.
hoi, kenape plak aku kena bebel2 kat sini?
aku cume nk tunjuk video yang aku curi dari youtube nih.
hah, layan ah.


sangat sedih...
sedih gila...
dan sewaktu dengannya..
kalau nak lagi sedih, tgklah episod penuh.
kompem meleleh segala air yang berada di muka.
dush2.
cuba bayangkan kalau korg berada dalam situasi begini.
orang yang korg sayang pergi meninggalkan korg dalam pelukan korg.
adakah korg masih mampu bertahan?
pasti.
sebab hidup perlu diteruskan.
dan yang hilang pasti akan berganti.
*err..maksud aku pasangan hidup*

p/s : tau tak sinetron gapo nih ? Safa dan Marwah. hanya di Astro Prima. haha. dah beratus episod dah nih. tapi dah nak habis dah...akhirnyaaaaaa :p

bye!

Thursday, July 7, 2011

Takde lawak laen ke cik abang ?


hey !
asalamualaikum :)
aku nk kongsi satu cerita yang telah hampir memuntahkan aku.
semalam masa dalam panggung wayang, aku duk depan barisan sekumpulan lelaki.
beselah sebelum cerita start, mesti ade klasifikasi filem kan.
filem transformers yang bosan n tak kena dgn citarasa aku nih hanya layak untuk ditonton oleh mereka yang berumur 13 tahun ke atas.
so, die paparkan la notis tuh dkt screen.
aku dahla takde hati sangat nak tgk cerita nih.
tibe2 boleh plak sorg mamat kat blakang aku nih buat lawak yang bodoh n menaikkan tahap kemenyampahan aku ke satu tahap yang takleh diterima akal.
" untuk 13 tahun ke ats ? eh,aku baru 12 tahun setengah. so takleh tgklah ni ? ", kata mamat tersebut pd kawan2nya dgn kuat tanpa menoleh kiri kanan diikuti hilai ketawa yang agak menakutkan.
cis.
aku dah buat muka annoying kt depan nih.
kalau lah aku ni boleh jd halimunan, nak je aku hempuk beg mmber aku yang berat tuh ats pale die.
TAKDE LAWAK LAEN KE BANG ?
dah selalu sangatlah dgr lawak2 cmtuh.
mmg tak layak masuk raja lawak nih.
buat malu je.
dahla ketawa sorang2.
ish3.
*sambil menggeleng kpale*
cubela buat lawak laen yang membolehkan aku turut gelak walaupun aku tak kenal kau.
macam transformers tu kawan kau ke, bini kau kuat macam transformers ke.
(ok,tu pun tak kelakar snanye).
eh.
aku pun taktau knape aku annoy sangat.
sorila ye.
nenonenoneno~

p/s : jangan tanye aku best ke tak cite transformers tuh sbb aku tido mse tayangan. nampaknye lawak abang ni lebih menarik perhatian aku. muahaha ! :p

Wednesday, July 6, 2011

Sweet present ! ♥

hai sayang2 !
asalamualaikum.
sampai jugak kt UPM nih :)
agak penat semalam merantau.
hampir 5 jam perjalanan dr Jb.
tu pun sempat singgah ayer keroh n seremban.
then, terus ke Shah Alam menghantar si kaki tangan gemuk (adek aku).
patah balik ke UPM.
cis.
cuak jgk kne drive.
dgn jalan jem nye.
maklumlah, 2 bulan bercuti dari memandu kereta.
gegel jugak kaki nih.
tapi alhamdulillah.
taklah seteruk yg disangka.
muahaha :p
sampai2 terus relax n lepak2 dgn mmber2.
syok.
maen UNO, tgk movie.
puas.
tak seboring di rumah. hehe
eh.
tak sangka dapat present ! :)
daripada kak Shima sempena konvo kitorg dlu n daripada mary aka ex-rumet aku sempena besday.
so sweet !
sangat2 comel !
terima kaseh buat mereka..
lebiu all lah ! 
let see the sweet present :)

ni metmet bagi. comel gila kan ??! :)

ni kak shima bagi. i love you too kak shima ! :) 

ok.
cukuplah tu.
kne berehat sebentar.
malam ni ade midnight movie.
haha.

bye !

p/s : kat cni takde tv. fine. aku dah mula rindu rumah >.<

Monday, July 4, 2011

I'm coming !

i'm coming UPM !
peh.
nampak macam happy gile kn.
excited.
snanye tak de la sangat.
*sebab mamat busuk taknak jumpe aku.jom lempang die ramai2*
haha.
sekejap je. tak lame.
beberapa hari mungkin.
jumpe member2.
oh tak sabar.
n maybe setelkan ape2 yang patut.
*hoi,mmg patut pun*
harap2 semua ok.
doakan perjalanan aku hari ni selamat pergi n sampai ye sayang2 !
aminn :)

p/s : rindu pada FAMOUS AMOS lah. maklumlah, kat jb mmg xde famous amos. kn? kn? haha :p

Friday, July 1, 2011

Bebaskan aku dari kesepian.

Ku rindu disayangi sepenuh hati
Sedalam cintaku
Setulus hatiku
Ku ingin dimiliki kekasih hati
Tanpa air mata
Tanpa kesalahan
Bukan cinta yang melukai diriku
dan meninggalkan hidupku lagi
Tolonglah aku dari kehampaan ini
Selamatkan cintaku dari hancurnya hatiku
Hempaskan kesendirian yang tak pernah berakhir
Bebaskan aku dari keadaan ini
Sempurnakan hidupku dari rapuhnya jiwaku
Adakah seseorang yang melepaskan ku 
Dari kesepian ini..

tak payah teka. memang ni lirik lagu. Kesepian oleh Dygta. sama persis apa yang aku rasa sekarang. 

p/s : i need you T_T

Nilai sekeping hati :)


asalamualaikum :)
aku harap sekarang aku dapat menaip dalam keadaan yang gembira.
siapa yang tak gembira.
dapat lepas rindu dengan seorang insan yang digelar MAMAT BUSUK.
setelah sekian lama tak bertentang mata.
dengar suara pun dah memadai.
entah kenapa.
hati tiba2 berasa seronok.
tapi bila dia tak contact, rasa nak marah.
rasa nak merajuk.
rasa nak menanges.
haish.
bukan bermaksud perlu berhubung 24 jam.
tidak.
lebih dari cukup jika dia bertanya khabar.
susah nak ditafsir keinginan hati ini.
apa yang aku tahu, aku nak dia sentiasa ada untuk aku.

tu lah hati seorang perempuan.
walau sekeras mana pun.
tapi sangat mudah tersentuh.
sangat mudah terluka.
dan sangat terasa dihargai jika ada yang mengambil berat dan rasa disayangi.
sebab tu, hati dan perasaan bukan suatu alat permainan.
yang boleh dipijak sesuka hati.
yang boleh dirobek, dicarik sewenang2nya.
ia sangat bernilai.
ia sangat berharga.
susah juga kalau manusia tiada hati dan perasaan kan.
bayangkan apa yang akan terjadi.
jadi, hargailah hati dan perasaan orang laen.
jangan terlalu pentingkan diri sendiri sampai sanggup mengabaikan perasaan orang laen.
mungkin kita tidak sedar.
apa yang kita anggap remeh, sebenarnya memberi makna yang besar kepada orang laen.


p/s : aku pun tak tahu apa yang aku melalut nih. terlampau excited agaknye. tapi tak nampak macam gembira kan ? haha ;p