Thursday, June 30, 2011

Jangan hanya menunding jari.


kebelakangan nih, banyak kes homoseksual yang pernah kita dengar.
isu ni bukan suatu yang baru.
tapi dah lama.
malah pernah menggegarkan negara kita.
pernah dengar isu pengkid yang bermain cinta dengan kaum sejenis ?
pernah dengar isu kaum lelaki yang ingin bertukar jantina kepada perempuan ?
pernah dengar isu pondan yang mencari rezeki di lorong2 gelap ?
haih.
dah basi.
makin digali, makin banyak yang timbul. betul ?
tapi aku buat entri ni bukan utk menyalahkan mereka semata2.
sebab aku tahu, setiap kejadian ada puncanya.
begitu juga mereka.
mungkin mereka tak normal macam kita,
tapi setiap dari mereka ada alasan yang tertentu.
cuma kita yang tak tahu.
aku pernah buat kajian tentang pengkid untuk projek akhir tahun aku tahun lepas.
yela, aku kan lulusan minor KERJA SOSIAL.
dari situ, serba sedikit aku dapat selami hati beberapa orang dari golongan ini.
memang susah untuk kita tafsirkan apa yang ada di hati mereka, apa yang mereka fikirkan.
tapi dari sudut hati kecil mereka, mereka tetap ada keinginan untuk berubah.
cuma situasi dan keadaan sekeliling yang tak mengizinkan.
dari apa yang aku dapat, segelintir masyarakat menjadi penyebab mereka terus berada dalam keadaan sekarang.
bukan mereka taknak berubah, tapi cacian dan pandangan negatif masyarakat menjadi halangan.
tu lah realitinya.
apa salahnya kita sebagai masyarakat memberi peluang kepada mereka untuk berubah ?
mereka juga manusia biasa yang berhak untuk hidup di muka bumi ini.
jangan terus menghukum mereka walaupun mereka telah melanggar norma2 kita.
tidak, aku bukan membela mereka.
tapi sekurang2nya kita celikkan mata kita.
sebagai masyarakat zaman moden, ini bukanlah cara kita yang akan terus memandang hina mereka.
kita sepatutnya menolong mereka sekiranya mereka benar2 untuk berubah.
aku pernah lihat satu bual bicara dalam rancangan Wanita Hari Ini.
isu nya tentang 'dilema anak lembut'
yup, mereka mmg lembut atau lebih dikenali dengan gelaran 'pondan'.
tapi betapa terharunya aku bila melihat pengorbanan seorang anak lembut yang sanggup menjaga ibunya yang sakit.
semua kerja rumah, makan minum pakai ibunya semua diuruskan.
menurut ibunya, anaknya tak pernah menyusahkan beliau.
biarlah orang sekeliling, jiran2 mengata mereka.
yang penting, si lembut itu tidak mengganggu orang laen.
memang mereka berdosa.
tapi itu dosa mereka dengan Tuhan.
mungkin mereka akan menjawab ini takdir mereka apabila ditanya.
namun, tak mustahil hidayah akan sampai kepada mereka satu hari nanti.
mereka ada jalan, terpulang pada mereka untuk memilih.
kita bukan siapa2 untuk menghukum mereka.

jangan terus menunding jari dan menyalahkan mereka, tapi mendoakan mereka.
bukankah itu lebih baek ? :)


bye !

Anda ada impian ?


hey sayang2 ! :)
korang ada impian ?
mesti ada kan ?
ape kate korang list kan impian2 korang.
tak kesahlah berapa banyak pun.
sekurang2nya 100.
untuk jangka masa panjang.
segala keinginan kita tuh, impian sebenarnya.
walaupun kecil, ia tetap dikira impian.
dan impian itulah yang memandu kita ke arah mana kita nk tuju.
kenapa kena list ek?
sebab biar kita usaha untuk mencapai impian2 tersebut.
makin besar usaha kita, insyaAllah makin banyaklah impian kita yang tercapai.
setiap impian tuh, ada cara tersendiri untuk dicapai.
jadi, jangan cipta pelbagai alasan kalau kita nak berjaya.
bila dah tulis, jangan lupa baca plak.
kalo boleh, ingt dalam kepala korang.
bagi semangat sket nk capai impian2 tuh.
jangan pernah rasa cepat putus asa.
tak mustahil akan banyak halangan yang akan mnimpa kita untuk berusaha.
tapi anggaplah itu semua cabaran dalam hidup.
gagal sekali, jangan terus mengalah.
cuba bangkit kerana pasti ada jalan yang laen untuk kita :)
'bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian' kan?
tak gitu ?

aku pun dah list down beberapa impian aku.
tapi tak perlulah aku state kan sampai 100 kt dalam nih.
kompem korg malas nk baca dah.
haha.
so, ni antara impian aku yang aku nak share dgn korang :)


  1. nak jumpa ACAP MUSLIM depan2. hehe :p
  2. nak habiskan master aku dgn jayanya
  3. nak jadi wanita berkerjaya yang sibuk ( pelik kan? )
  4. bagi duet kat papa mama. belikan dorg macam2. lalala >.<
  5. nak pergi buat rawatan muka.
  6. nak jadi KURUS dan cantek. muahaha
  7. nak beli rumah besar, siap ada kolam renang. haha
  8. nak beli kereta hasil titik peluh sendiri ( si buntal yang aku guna sekarang nih ayah aku punya )
  9. nak bukak tadika sendiri
  10. nak kahwin dan ada anak
haa..cukuplah tuh..aku pun penat nak taip banyak2.impian yang ni pun maseh blum terlaksana. tapi insyaAllah, aku akan usahakan berkat doa korang semua. korang plak camne ? :)

p/s : bab ACAP  MUSLIM tuh, mmg da lama jadi impian. tapi tak pernah jumpa depan2. tgk dia berlakon teater je. jadilah kan. haha ;p

bye !

Tuesday, June 28, 2011

Apa kaitan perasaan dengan rumput ? :)


 asalamualaikum syg2 :)
saje aku nak berkongsi sesuatu.
tentang tajuk entri atas nih.
yup.
apa kaitan perasaan dengan rumput sebenarnya ?
perasaan nih umpama rumput liar..
semakin kita biarkan, semakin ia menjalar ke segenap arah..
dan semakin teguhlah akarnya berpaut pada tanah..
tapi kalau kita boleh mengawalnya, ia tak akan ke mana2.
betul ke ?
masalahnya, setabah mana kita mampu melawan perasaan kita ?
sejauh mana kita mampu menipu perasaan kita sendiri ?
adakah kita benar2 kuat untuk menyimpan perasaan kita yang terpendam ?
bukan mudah.
tidak mudah untuk kawal perasaan kita sebenarnya.
dan ketika inilah saket yang sesaket2nya kita akan dapat rasakan.
perasaan marah, saket hati, sedih, kecewa, macam2 lagi.
kalau tak terkawal, boleh jadi gila, psiko n sebagainya.
ada jenis orang, suka lepaskan perasaannya secara terbuka.
dan ada jenis orang yang lebih selesa berdiam.
macam aku.
aku lebih suka meluahkan perasaan dengan menanges.
marah nanges, saket hati nanges, gembira nanges, sedih nanges.
air mata mmg dah jadi peneman aku T_T

kawan2.
manusia kan berbeza.
apa2 pun, setiap cara manusia itu unik :)
manusia dikurniakan akal untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk.
tapi.
jalan yang terbaik, mohonlah pada Tuhan.
agar dipermudahkan jalan.
insyaAllah.
hati kita akan tenang.
sangat tenang.
subhanallah :)

Sahabat..Di sini bermulanya..

rindu.
hanya satu perkataan yang mampu aku ungkapkan ketika ini.
berapa besar perasaan rindu nih hanya Tuhan yang tahu.
kalau lah boleh diputar kan waktu, rasa nak je aku pergi semula ke suatu zaman.
bukan zaman kanak2.
bukan zaman sekolah.
bukan zaman remaja.
yup.
agak pelik di sini.
bukan semua zaman di atas yang aku inginkan.
kerana zaman2 yang aku lalui tersebut tak sehebat orang laen lalui.
aku akui.
aku benci zaman2 itu.
aku paksa diri untuk lupakan semua yang aku lalui semasa zaman2 tersebut.
tapi zaman selepas itu yang mengubat semua pengalaman duka yang pernah aku lalui.
zaman degree !
oh, betapa indahnya zaman itu.
seringkali aku berdoa agar masa ketika zaman itu berhenti.
berhenti buat selamanya.
biar aku puas mengecap kebahagiaan ketika itu.
tapi aku sedar.
itu semua mimpi kosong yang mustahil akan terlaksana T_T
oh,Tuhan.
walau apepun, aku bersyukur kerana diberi kesempatan melalui pengalaman hidup yang sangat menarik pada zaman degree aku.
di UPM.
di sinilah aku belajar erti berdikari, persahabatan, pengorbanan, percintaan dan macam2 lagi.
di sini jugalah aku berjaya menebus kegagalan aku dahulu.
banyak ilmu dan iktibar yang aku timba.
aku lebih fokus dengan pelajaran aku walaupun pernah dilukai oleh seseorang yang bernama lelaki.
tak sangka aku mampu setabah dan sekuat ini.
semua ini atas kehendakMu Ya Allah.
aku dikurniakan rakan2 yang sangat memahami, yang 'satu kepala' dan susah senang sentiasa di sisi.
masih terngiang2 lagi gelak tawa mereka sepanjang bersama.
masih jelas di ingatan, ponteng kelas pun sepakat. >.<
apatah lagi makan, tidur, jalan2.
sentiasa bersama.
betapa beruntungnya manusia seperti aku dianugerahkan sahabat seperti mereka.
alhamdulillah :)
kami masih rapat sehingga sekarang.
*kawan2, friends forever ok.mmuah*

andainya dengan kuasa Tuhan masa berputar semula, tidak akan ku sia2 kan tika dan saat itu.
itulah pengalaman terindah dalam hidupku.
benar kata orang,
hidup kita ini sebenarnya indah.
terpulang pada kita untuk mencorakkan kehidupan kita.
kalau cantek coraknya, indahlah yang kita dapat.
dan begitulah sebaliknya.

kini, dah setahun zaman ini aku tinggalkan.
aku masih di sini.
di UPM.
meneruskan cita2 aku menyambung pelajaran.
sampai saatnya, aku akan tinggalkan semua ini.
menuju ke satu lagi zaman dalam kitaran hidup manusia.
bakal menempuh cabaran yang lebih besar.
aku tahu.
aku mampu menghadapinya.
kerana Allah sentiasa ada untuk hamba2Nya.

p/s : dan pada zaman degree jugalah aku bertemu dengan mamat busuk tuh !

terima kaseh Ya Allah :)

awal2 tahun perkenalan kami. majlis hari raya di kolej :)
senamrobik di kolej :)
di bustop fbmk. odw ke KL utk shopping raya :)
beraya di rumah Kak Fit :)
naek genting pada tahun 2009. final year kami :)
kami dah bergraduasi. 11.10.2010 :)
aku dan mamat busuk. baru berkawan ketika ini :)
semua gambar ni adalah koleksi lama ok. maka, tak canteklah sbb beredit. dlu aku skema, tak pandai edit. haha >.<

bye !

Sunday, June 26, 2011

Dari renungan mata..

Asalamualaikum :)
korang pernah dengar ungkapan "dari mata turun ke hati" ?
itu sangat bermakna sebenarnya.
sebab MATA adalah JENDELA HATI kita.
sebab tu kita boleh tertarik pada seseorang hanya melalui pandangan mata je.
sebab tu kita hati kita boleh merasa tenang apabila merenung, menatap wajah orang yang kita sayang.
lebih2 lagi jika mereka tersenyum.
tak kiralah siapa pun.
ahli keluarga, kawan2 atau pasangan hidup.
sudah tentu kita akan berasa bahagia bila orang yang kita sayang gembira.
biarpun sebenarnya kita dalam keadaan yang tertekan, resah atau terseksa sekali pun.
pasti kita ingin berkongsi rasa gembira mereka bersama :)
sekurang2 nya, kurang rasa beban di dada.
pasti korang pernah rasa kan ?
so, senyumlah selalu.
walaupun kita terbeban dengan pelbagai masalah.
walaupun rasa saket di hati hanya Tuhan yang tahu.
walaupun senyuman kita tak secantik orang laen.
kerana pasti ada orang yang akan berasa gembira dengan senyuman korang.
tanpa kita sedar, kita dah bawa kebahagiaan kepada mereka :)

p/s : gunakan lah mata kurniaan Tuhan ini untuk sesuatu yang baik. bukan disalahgunakan untuk perkara yang tidak elok ye :)

bye ! >.<

senyumlah seperti saya :)

Saturday, June 25, 2011

Itso k Johan n Zizan. Bukan rezeki anda berdua :(


i frust babes !
lagi2 bile aku bace kebanyakan blog yang buat entry tentang kemenangan Sepah n kekalahan Jozan :(
jangkaan meleset !
OMG !
hampa.
kecewa.
kalo ni yg peminat Jozan boleh rasakan, apatah lagi Jozan sendiri.
tak dinafikan, Sepah mmg layak menang,
kalo Jozan ditakdirkan menang pun, mungkin populariti dorg yg membantu.
yela, masing2 de kelebihan kan.
tapi...
aku marah betul sape2 yang cakap Jozan bangga diri, berlagak tuh 1
aduhainya pun..
kalau dah ramai peminat, bukan salah dorg ok.
peminat2 lah yang memberi semangat pada dorg.
itu bukan bermaksud dorg bangga diri ke hape.
takpelah Jozan.
bukan rezeki korang.
ape yang penting, kerjasama peminat2 korang tetap sokong korang termasuk aku ! 
*sambil mengangkat tangan dengan semangat*
pape pun, tahniah kepada pemenang2 Maharaja Lawak 2011 :)


p/s : aku tetap enjoy dengan persembahan Jozan malam final tuh ! Johan comel, Zizan macho. lebiuuuu lah ! >.<

Friday, June 24, 2011

Hanya Kau Ya Allah T_T

Ya Allah..
jika dia benar untukku, dekatkan lah hatinya dengan hatiku..
jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..
sesungguhnya jodoh pertemuan di tanganMu..
entah kenapa aku rasa ada kekurangan pada hubungan ini..
redhailah kami ya Allah..
berkatilah hubungan kami..
kuatkanlah hati kami untuk mengharungi segala cabaran..
jika benar dia bukan jodohku, berilah aku petunjuk..
aku pasrah..
ak redha..


manusia hanya mampu merancang..
tapi semua di tanganMu...
aku pasrah dengan segala takdir hidupku yang telah ditentukan..
aku bersyukur dengan segala nikmat hidup yang diberikan..
aku tahu Kau merencanakan segala yang terbaik buat hamba-hambaMu..
aku hanya mampu berdoa supaya diberi petunjuk..
berikanlah aku segala kekuatan serta ketabahan untuk aku menghadapi hari2 yang mendatang Ya Allah..
oh Tuhan..
kenapa aku masih tidak kuat dengan segala dugaan yang Kau berikan..
namun..aku berterima kasih kepadaMu kerana menganugerahkan aku sebuah keluarga dan kawan2 yang sangat menyayangi diri ini..
ampunilah segala dosa2 aku dan dosa2 mereka Ya Allah..
berilah kami panduan ke arah jalan yang diredhaiMu..
sesungguhnya hanya Kau tempat kami memohon T_T

Wednesday, June 22, 2011

Selesema.

hey babes ! :)
asalamualaikum..
arini aku tak berapa nak sehat sangat.
selsema agak teruk.
makn tak lalu, buat kje apatah lagi.
pemalas nauzubillah.
aduh.
tak suke :(
malam tadi pun tak lena nk tidur.
dengan saket hatinya lagi.
*mamat busuk tuh memang saja cari nahas dgn aku*
jangan demam sudah.


bersin !
bersin !
ok mantain.
eh, bersin lagi !
ok la korang.
nampak nye seperti aku tak boleh meneruskan taipan aku nih.
basah dah dell biru nih.
haha.
jumpe lagi nnti k.
bye ! :)

Tuesday, June 21, 2011

Dulu dan sekarang. Manusia boleh berubah kan ?

asalamualaikum..
hai korg2 yg tersayang !
thnks for keep reading my blog :)
entry kali ni ak nk share dgn korg perubahan ak dulu dan sekarang.
act, taklah banyak berubah.
but it is more to my hijab style. maybe?
dulu cam naif2 gitu.
skang pun naif gak kot.
tp taklah macam dulu.
bila aku ingt2 balik, berjaya gak buat aku gelak sorg2.
beselah, pengaruh persekitaran kan.
mcm2 style muncul dari semasa ke semasa.
aku pun try2 lah.
walaupun nmpak buruk, tapi ade aku kesah ?
self-esteem aku kn tinggi.
haha.
perubahan badan pun berlaku jugak.
KURUS ke GEMUK.
ok fine.
tu taknak cite lebih2.
mengaibkan diri sendiri.
doa2kan lah aku cepat kurus ye walaupun aku taknak diet.
boleh ? 
haha.


time umur nih aku tak bertudung lagi. jadi, abaikan. haha
penampilan awal2 aku dulu. bertudung biasa. sekarang aku dah takde tudung jenis ni lagi :





pastu up sket. sket je. pakai selendang tapi nampak mcm tudung biasa. sebab aku tak suka muka aku nampak bulat :







pastu aku dah berani pakai selendang corak2 n kaler2. bulat pun bulat la. bantai je :








pastu lagi sekali. pastu, aku da mula try macam2 jenis selendang. korg leh tgk macam2 fesyen ak pakai. tapi tak semua menjadi. dan tak semua selendang kepunyaan aku. haha :



                                                       







aku lebih suke pakai inner cotton sbb senang bentuk. macam tip2 orang laen, silalah tetaskan inner anda di bahagian belakang untuk melonggarkan inner tersebut. lebih selesa n lebih senang dibentuk :)
dan ini style selendang aku sekarang. style ni ak lebih selesa pakai inner jenis lycra. melekap kt kepala. tapi tak kesah sebab tak nampak. cover dgn selendang kan :



dan yang ini last ! style yang paling ak selalu pakai bile dah malas sgt ! :




so, tak salah mencuba. pasni kalau ada style2 lain yg belit2, aku pun nk cuba belit2 jugak. yang penting berani. self-esteem kena tinggi. haha :) nway, thank you kepada mereka2 yang memberi inspirasi kepada aku sama ada secara langsung atau tidak. terutama youtube ! heee :p

bye !

Monday, June 20, 2011

Cermin diri dulu beb !

jaga2.
entry marah nih.
aku nak marah semua pasangan yang curang ! boleh?
kesah hape aku.
sape yg tersentap baca entry nih, kaji balik diri.
ada yang tak kena lah tuh.
ak bosan dah dgr pasangan yang curang senyap2 nih.
msg senyap2, chatting senyap2, jumpe senyap2.
come on lah.
be gentle ok.
cuba berani mati sikit.
terus terang depan2 dgn pasangan yg korg dah curang.
berani ?
kalau berani, takkanlah wujud pepatah 'berani kerana benar,takut kerana salah' kan?
haha.
aku tak sure la semua laki mcm ni ke tak.
tapi yg betul2 aku boleh detect, ade jenis manusia yg gune alasan lain utk clash dgn pasangan.
sedangkan, dah jumpe org  lain.
saje cari salah pasangan dorg tuh.
takpun,buat supaya pasangan dorg tu mintak clash dlu.
nk tepuk tangan boleh?
*tepuk2*
lagi mengharukan kalau dorg tu taknak lepaskan pasangan masing2.
gila tamak.
dah buat tahek onar, ko nak simpan lagi buat ape !
serius aku tak paham kenapa perlu ada jenis manusia mcm ni dlm dunia.
kenapa perlu ada jenis manusia yang suka mempermainkan perasaan org.
ini general ok.
aku maksudkan 2 2 gender.
laki perempuan sama je.
dah kate spesis sama kn.
perlu ke nak cari yg sempurna ?
cermin diri dulu beb !
agak2 jumpa tak sampai kiamat manusia yg sempurna ?
lupakan.
mana ada manusia kt dunia ni yang sempurna.
setiap manusia bukan hanya ada kekurangan semata.
kelebihan tu yang perlu kita jaga sebenarnya.
hargai dan bersyukur seadanya.
aku bukanlah pakar dalam bercinta nih.
aku sendiri ada kekurangan.
pasangan aku pun sama.
tapi tak salah kalau saling menegur dan saling memperbaiki.
tu lah namenye saling melengkapi.
bukan kalo tak puas hati, 
cari orang lain,tinggalkan yg lame bodoh2 gitu je !
cis.
bebedah !
perasaan bukan sesuatu yg boleh dipermainkan.
makan dalam beb !
lagi susah kalau timbul dendam.
tepuk dada tanya selera ok.


kepada mereka2 yang berada dalam situasi seperti diatas, hanya sedikit pesanan aku untuk kalian.
be strong ok.
banyak2 berdoa dan sentiasa ingat Tuhan.
hidup mesti diteruskan.
lupekan apa yang telah berlaku even susah sekali pun.
kenangan mmg tak boleh dibuang.
tp terpulang pada kita macam mana nak kawal diri kita bila kenangan tu datang.
mungkin sudah tertulis, jodoh yang terbaik menunggu di luar sana untuk kalian :)
dan ingat.
setiap perbuatan pasti ada balasan atau ganjaran.


peace !


p/s : bila aku kenang balik apa yg pernah terjadi pada aku suatu ketika dulu, aku hanya mampu tersenyum dan menggeleng2 kan kepala sambil bermonolog dalaman "bodohnye aku". percayelah :)


bye! :)

Gila Kamera ! :)

Hai syg2 ! :)
Asalamualaikum.
aku just nak update sket aktiviti aku hari ahad lepas.
kitorg, i mean aku n adek2 aku buat photoshoot.
even aku mmg tak layak pun nk shoot2 nih.
yela, aku bukan photogenik pun.
PHOTOGEDIK mungkin. boleh ? haha
saja2 ikut.
n kebetulan jumpa mmber matrik aku yg katenye wajib nk jumpe ak if dia turun JB.
thnks Fadh luangkan masa dgn kitorg :)
mula2 ke Danga Bay.
kemudian ke City Square.
dan last destination is Istana Garden.


inilah hasilnya :


The Fadhilla's at Danga Bay :)
*first time aku jadi buat muke garang*
dengan adek gedik 
percubaan ntah yang keberapa kali.
*demm* tak jadi jugak ok.
hai *si gemuk*
fadh di hujung :)

saya berada di kiri artis berbulu mata lebat ! *palsu*
ok.
aku rasa aku perlu minta maap kat adek2 aku.
sbb aku pilih MARRYBROWN sbg santapan tghari kitorg.
demm !
ak mungkin dah diblacklist untuk tidak memilih tempat makan lagi selepas ini.
haha.
" inilah kali terakhir aku makan marrybrown ! ", kata adek jeling2.
aku buat bodoh. macam tak dengar ape2. cover2 sket.
tapi mmg betul.
cis.
tak sesedap yang disangka.
*tutup muke*


bye !

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Papa ♥

eh,tak tipu. ni la papa saya :)
Papa..
Happy Father's Day !
We love you so much ♥
You are the best father in the world :)
Terima kaseh untuk segala pengorbanan dan kasih sayang papa untuk kami adek beradek.
Semoga papa sehat2 selalu.
aminn :)

p/s : kejap english, kejap bm. kadang2 terlebih english education pun takleh gak. haha :p

bye ! ;)

Saturday, June 18, 2011

Hidayah Allah satu anugerah :)

" di Kemboja, sy berjumpa dgn sebuah keluarga yg sgt daif. sy bertanya kepada wanita tersebut kenapa tidak membantu suami bekerja utk menapung perbelanjaan rumah. sedih hati sy apabila mndgr jawapan drpd wanita itu bhw dia tidak mempunyai pakaian yg menutup aurat utk keluar bekerja"- Farah AF2. 


subhanallah.
walaupun mereka penduduk Kemboja daif dan miskin,tapi mereka tetap bersyukur dan takut pada azab Allah.
betapa besar iman mereka.
bagaimana pula dengan kita ?
yang serba lengkap semua, adakah kita bersyukur ?
adakah iman kita seteguh mereka ?
renung2 kan wahai kawan2.

petikan di atas adalah petikan kata2 Farah AF2 dari majalah Anis yang baru ak bce.
alhamdulillah.
menurut Farah, dari situlah beliau mendapat hidayah untuk bertudung :)
beliau perlahan-perlahan sdg memperbaiki diri.
untungnya jika kita merupakan insan terpilih seperti Farah.
hidayah Allah satu anugerah.
kita patut bersyukur dan memelihara hidayah tersebut sebaik2 nya sekiranya kita diberi peluang.
sentiasa berdoa kepadaNya.
insya-Allah,kita akan tergolong dalam hamba-hamba yang disayangi dan diberkatiNya.
aminn..
pesanan untuk diri aku dan kalian semua juga :)


bye ! :)

Monday, June 13, 2011

Happy for u'olls !

Asalamualaikum :)
cuti sekolah hari tuh ramai yang wat majlis kawen n tunang kan ?
seronoknyeee :)
jeles i. hehe.
alhamdulillah, dah sampai seru wtpe nk tgu lagi kn ? ;)
tp byk2 jemputan tuh, aku sempat pergi kenduri kawen abang sepupu aku jeh.
mggu lepas.
yela, mmg wajib.
kena tlog2 kenduri tu sket.
tlog memekak. i mean KARAOKE
memang silap besar la ajak aku kalau ade buat karaoke kt majlis2 nih. 
haha.
tapi sgt seronok.
happening sbb dapat jumpe keluarga besar aku :D
nway, congratulations buat sepupu aku, abang besar n pasangannya kak azie.

buat eqyn (mmber mrsm aku), zaimie (bekas kawan ofis), kak zah (rakan 1 kos di UPM dulu) n kak sarah syafiqa ( aku admire kakak ni masa sekolah dulu :p ), selamat pengantin baru. sori tak dapat hadir di majlis kalian.
pape pun, semoga bahagia hingga anak cucu. 
buat syuhada (mmber baek SIGS aku), selamat bertunang.
saya gembira untuk anda semua.
doakan la giliran saya pula.
lalala :)
aminnn..
bye ! 

p/s : aku nk selitkan beberapa gmbar di majlis kenduri sepupu aku :))

bertandang ke rumah pengantin perempuan.
 berteduh di bawah pokok beramai2.

sepupu2 perempuan :)

gambar lagi :)

sepupu2 perempuan bergambar bersama pengantin :)

majlis di kediaman pengantin lelaki. tema hijau :)

Tahniah Pak Lang ! :)

pic credit to : Gossip Artis Melayu

Haaa...
kn gua dah kate..
HAZAMA mesti jd juara AF9 punya..
kawtim !
tahniah Pak Lang ! :)


nak update tu je. hehe
bye ! ;)

p/s : aku puas pemegang imuniti kalah ! haha :p

Saturday, June 11, 2011

Siapa Juara ??

Asalamualaikum..
Gud morning syg2 ! :)
aku bangun awal hari ni.
bangun awal murah rezeki kn ?
nway, aku tak sabar nak tunggu konsert akhir AF9 malam nih.
aku ni bkanlah penonton setia AF.
tapi sebab ada Hazama, aku nak jugak tgk konsert malam nnti.
haha.
harap finalis2 ni buat persembahan yg terbaek.
jangan jadi macam konsert awal2 dlu.
sumpah bosan !
n kita tengok, adakah finalis yg dapat imuniti tu bakal muncul juara ? 
lalala :p
aku tak faham betul kenapa perlu ada imuniti.
si Fina tu pulak yg dapat.
sedangkan beliau selalu di tangga yang tercorot setiap kali konsert even suara die wow!
kesian pada pengundi2 pelajar2 lain.
kena bertungkus lumus mengundi untuk pelajar kesayangan diorang.
pengundi2 Fina bolehla duk relaks kan sbb dah kompem si Fina tu masuk final.
ish.
sorila pada penyokong2 Fina.
tapi aku rase tak adil lah.
ni kan pertandingan.
so, kenalah terima hakikat yang pengundi ada hak nak mengundi pelajar2 nih.
knon kejutan. hampeh !
ada bakat sebesar mane pun tapi peminat takde, tak ke mana jugak.
betul ?
pape pun, kita tunggulah siapa juara malam nih.
n silalah undi paklang a.k.a Hazama.
haha.
saje promote.
bye ! ;)

p/s : tahniah pada Terengganu yang menang piala FA malam tadi. macam tak caye je Kelantan kalah. agak2nya, ape yg jadi pada stadium tu ek? hehe ;p

Happy Birthday Sayang ♥


Selamat ulangtahun yang ke 24 sayang ♥
moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberkatiNya.
saya mintak maaf sebab tak dapat menggembirakan awak hari ini.
saya tahu semua salah saya.
saya harap kita akan ok seperti sebelum nih.
saya rindu awak.
rindu senyuman awak.
rindu suara awak.
rindu gelak tawa awak.
walau sejauh mana pun kita, awak tetap di hati saya.
sayang saya tetap untuk awak.
♥ u Aizat Abdul Aziz.

bila lagi saya dapat tatap senyuman awak ? :(