Monday, March 12, 2012

NIat baik tapi cara salah.



Asalamualaikum. Akhir2 nih, banyak je cerita hot dan menarik yang terjadi kat negara kita yang aman damai lagi harmoni lagi sejahtera lagi 1 Malaysia ni. eh ? Ok fine. memang negara kita aman damai. Bangga kan ? Tapi seaman sedamai mana pun Malaysia nih, takkan pernah terlepas dengan pelbagai masalah. maklumlah, manusia macam2 ragam kot. Siapa yang boleh control melainkan diri sendiri. Ye tak ? *sila angguk*

Baru2 nih, keluar berita pasal seorang ibu yang ditinggalkan anaknya di hotel bajet. Walaupun aku tak baca suratkhabar kat sini, tapi dengan bertungkus lumus nya ak search dekat internet semata nak tau pasal nenek nih. Baca punya baca, memang sangat kesian dan sadis. Tak dapat nak tahan air mata ni bila membayangkan seorang ibu yang LUMPUH ditinggalkan berseorangan. Hanya mengharapkan simpati dan belas ihsan pekerja-pekerja di hotel tersebut. Tapi mulianya sifat seorang manusia, nenek nih lebih sanggup dihantar ke pusat kebajikan daripada menyusahkan orang2 sekeliling yang membantunya. Kita yang melihat, mendengar dah terasa bebannya apatah lagi nenek nih yang menanggung. Sebab tu perasaan empati tu penting untuk kita merasa keadaan dan bebanan yang orang lain hadapi. Betul cakap orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak sedangkan 10 org anak belum mampu menjaga seorang ibu. 

Lumrah manusia. Lebih suka menghukum. Belum tau cerita sebenar, dah macam2 andaian yang dibuat mengenai anak lelaki yang meninggalkan ibunya nih. Ade yang memaki hamun, menghina, mencerca..walaupun perkataan2 nih lebih kurang je mksudnya, tapi memang teruk lah, senang cerita. Tapi, normal lah tu. Memang tindakan anak lelaki nenek nih boleh dipertikai even dia ada alasan tersendiri. Dengan semangatnya, aku search2 lagi sambungan kes nih. papp! Dapat berita terbaru tentang kenyataan lelaki nih mengenai tindakannya yang meninggalkan ibunya di hotel tersebut. Boleh bukak link nih Klik di sini.

Macam klise je jawapan n macam tak menjawab soklan pun ade jugak. *konpius*.  Buntu ? Fine. Tapi perlu ke beliau menjadikan ibu beliau sebagai mangsa ? Tindakan yang sangat tak bijak. Even beliau kata beliau sayang mak beliau, taknak susahkan mak beliau, tapi cara ni mati2 memang salah. Niat suci tapi tak kena caralah bro :). Orang buntu, ape yang boleh kita expect kan. Ape2 pun, diharapkan kenyataan beliau nih mampu menutup mulut dan pemikiran negatif segelintir daripada masyarakat kita. Kenapa tak semua ? Sebab, bukan semua mulut kita boleh tutup. Mulut masing2 kan. haha. dan aku HARAP2 sgt kes macam ni tak jadi lagi. errr..boleh ke ??

Moralnya kat sini, sayangilah ibu bapa anda. Tanpa mereka, kita takkan berada di mana kita berada sekarang. Ada paham ? :)

p/s : Tetiba teringat kat nenek :D

papai !

Wednesday, March 7, 2012

Comel kasut ni macam saya :p



Comel tak kasut saya ? :)
Gedik kan? Haha. bukan nak show off. tapi sebab aku jarang sangat beli kasut GUNA DUET SENDIRI, maka aku rasa excited sgt nak tunjuk kasut yang comel lagi berkaler2 ni yang dibeli dgn duet gaji sendiri ats daya usaha bekerja membanting tulang empat kerat sampai patah riuk tunggang langgang sume. ok tipu. Yang aku geram, banyak sangat kaler smpai rambang mata nak pilih. Kecomelan kasut ni dah menggugat azam aku nak save duet gaji buat kawen *bab kawen laju je taip*, buat beli baju, beli beg, beli seluar, beli shawl, bla...bla...bla...dan baru aku terfikir, barang2 di atas langsung x membantu azam aku. terima kaseh.

Ok, tak payahla detail sangat pasal kasut ni sebab kasut murah je. Tapi sangat selesa dan terasa diri ni terlebih comel bila pakai. muahaha.

Nak ? Beli sendiri. Pusing2 downtown mines, kompem jumpe :p

p/s : sebenarnya banyak je kasut dalam si buntal tapi bukan pakai pun.

babai :)

Sunday, March 4, 2012

Jodoh bukan kat tangan kita.


Aku rasa perihal jodoh ni semua orang dah tau. Kalau yang tak tahu pun, mungkin tak tahu pasal jodoh kita dah ditentukan seawal usia kita 4 bulan di dalam perut ibu. Sebab aku pun baru pun tahu. haha. Aku tak nafikan, kadang2 perasaan cemburu tu ada bila tengok orang lain dah berkahwin, bertunang, bahagia dengan pasangan masing2. Kadang2, mesti terfikir, kenapa orang lain bahagia tapi diri sendiri tak bahagia. Come on lah. Tak perlu bertanya soalan tu sebab semua jawapan hanya Dia yang tahu. Mungkin kite belum bertemu jodoh yang sesuai atau kebahagiaan untuk kita belum tiba. Tapi, Tuhan dah janjikan kebahagian untuk setiap hambaNya yang berdoa, berusaha dan bersabar kn ?

So, no need to desperate sangatlah. ape maksud aku desperate?? Yelah, setiap kali perlu ke mengeluh, 'ramai mmber aku dah kahwin. bile aku nak kahwin ni.....'. Lantaklah diorg nak kahwin ke ape. Dah sampai seru, ko pun akan kawen kot. Yang lagi satu aku tak paham, risau dah tua2 tapi takde pasangan. Nak ade pasangan macam mana kalau memilih. Tak salah kot nak memilih untuk kebaikan masa depan, tapi agak2 lah. Mana ada orang dlm dunia ni yang perfect. Cermin diri sendiri dulu.

Oh, bertambah buruknya jika kaum perempuan yang ternampak over desperatenye. Kaum lelaki boleh tahan lagi. haha. Yela, kalau tak, takkan la muncul peribahasa 'perigi cari timba'. Memang zaman sekarang, peribahasa tu dah takde makna. Sebab ramai je yang aku nampak sekarang 'perigi' terhegeh2 cari 'timba'. Pada aku, memang tak salah nak mencari pasangan. tapi janganlah tero'over' eksaited sgt smpai dengan semua org kau nak bercerita. Aku penah dengar satu perbualan telefon dalam satu segmen di radio ERA kalau tak silap, terang2 pihak lelaki tolak mentah2 cinta si perempuan, tak perlulah perempuan nak merayu bagai. Malu dowh. kalau aku, setahun tak keluar rumah. Cik adek, mana air muka awak sebagai perempuan?? Orang tu dah taknak, blah lah :)

Dahla, aku bukan nk ckp yang ak ni bagus sgt. Jodoh aku sendiri aku pun tak tahu lagi. Ingatlah, sesempurna mana pun kita cari, selama mana pun kita tunggu, tapi kalau Tuhan kata DIA BUKAN JODOH KAU, siapa kita nak menolak takdir ? Orang yang berkahwin pun boleh bercerai, yang berkapel 10 tahun pun boleh kawen dgn org laen, tu semua atas kuasaNya. Apa yang kita mampu, hanya berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik, yang boleh sama2 melengkapi ke arah jalan yang benar.

Memang aku menulis dalam keadaan marah. Bukan sebab ni, tapi sebab laen. tapi.......bile masa tu jgk ak dengar benda2 macam ni, memang kena time lah. Hamek sekali kena sembur.

Pada siapa2 yang terasa, mintak maaf. Aku sekadar berkongsi pendapat.

Bye.

Sunday, February 26, 2012

Kembali.

Asalamualaikum..dah lama rasanya tak menaip entry..memang dah terlalu lama..tapi mungkin tak perlu dicerita kenapa lama sgt tak keluar entry baru..alasan yg sama jugak akn diulas..haha..lagipun, siapa yang kesah kan? :)

Banyak cerita yang ingin dikongsi sebenarnya. walaupun dah basi, tapi apa yang pernah dilalui, tetap pengalaman dan akan menjadi pengajaran buat aku.

actually, bermacam masalah yang timbul sekarang. dan penyelesaian pertama yang dapat dilakukan adalah postpone study. sayang, memang sayang. tapi keputusan ni perlu dibuat. bukan dengan tergesa2,tapi dah berfikir sehangit-hangitnya. yup, ramai yang menghalang, memberi nasihat n macam2 lagi. sori, sebulat2nya aku nak teruskan dgn decision ni. nway, thnk u so much untuk semua pertolongan dan perhatian dari kalian. i appreciate it. ingin dibetulkan kt sini, postpone tak bererti give up. cuma aku perlukan masa untuk fokus semula dgn study. harap faham dan bagi ruang. rasa bersalah dengan papa, dengan mama. walaupun mereka faham sulitnye belajar, tapi mesti ada sekelumit rasa kecewa apabila aku buat keputusan macam ni.  tapi insyaAllah jika diizinkan dan masih berpeluang hidup di muka bumi ini, pasti aku habiskan apa yang tertangguh. ini janji aku :)

masalah laen? tak perlu diungkit perkara yang sama. masih mencari jalan penyelesaian yang terbaek. doakan saje yang baek2 buat aku :)

setakat ni dulu buat malam ni. esok da mula hari baru. kena kerja dengan penuh semangat :)
eh,lupe. research assisstant, kerja baru aku di ukm. alhamdulillah,selesa bekerja kat sana. harap dpt pengalaman lebih :)
banyak benda lagi aku nak update. next time ok.
selamat malam sayang2 :)
tata.

Wednesday, October 26, 2011

Gua join contest lah :)

asalamualaikum. selamat malam kawan2. ok,sekarang dah malam. takkan nak ucap selamat pagi pulak kan. gilo namenye. hehe. so, korang camne ? sehat ? dah lame tak update blog nih. takpelah, bukan korg kesah pun. melainkan aku nih artis kan. gedik popular gitu. muahaha. tapi sekarang aku nak story satu cerita nih. disebabkan aku bukan artis, maka aku nak jadikan diri aku seumpama artis. konon ah. tapi xdenye glamour cmtu. mmpi atas angin je lah. aku sekarang berjinak2 join contest kat fb. untunglahhhh ada fb. kalau xde, boleh join contest ? haha. kt fb je yg aku mampu. contest luar mmg aku tak pandanglah. actually, contest ni dah lme pun. due date smpai 6nov nih. de gak dalam sebulan jngka masa contest nih. contest nih anjuran MISSLADYANASHOPS. kalau korg nk shopping baju2 ke, shawl2 especially, leh la dptkn dri blogshop beliau. harga pun berpatutan. promote2. hihi  :)

tu la alkisahnya. jadi, pada korg2 yang terlampau rajin mengonline fb tuh, sudi2 kn lah vote pic aku. like je kt pic aku tuh. ni gmbr yg ak hantar. link ade kt bwh pic tu k :)

semoga dgn sokongan korg, aku boleh mendapat tempat dlm contest nih.
aminn..
hehe :)
bye2 !

Saturday, October 1, 2011

Happy Konvo kawan2 !

asalamualaikum. aku harap masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada mereka2 yang telah berkonvo, sedang berkonvo dan akan berkonvo. sekarang nih mmg musim berkonvo kan. yolah, masing2 lepas konvo tak sempat2 terus tukar DP facebook. haha. semangat la katakan. ade yang senyum lebar sampai ke telinga, ada yang pegang bunga n teddy bear sampai tak cukup tangan, ada yang siap berphotoshoot..kalau boleh kat seluruh pelusuk universiti tuh korg nak bergambar kn..haha..macam2..relaks..aku pun pernah berkonvo jugak. so,dah tahu macam mana perasaan bila dah konvo tuh. gembira n lega tak payah cakaplah. selama beberapa tahun bertungkus lumus belajar, mengharungi saat2 tensen dgn assignment n tesis, akhirnya dapat konvo gak. alhamdulillah. korang kena tepuk tangan untuk diri sendiri *clap2*. kalau bukan dgn usaha sendiri, mana mungkin korg dapat jejak kaki atas pentas tuh kan. tapi, dengan konvo nih bukan bermakna korg dah tak perlu belajar lagi. dalam hidup kita nih, hari2 yang kita lalui tu pun da jadi pelajaran buat kita. apatah lagi bila korg ada peluang untuk smbung belajar smpai ke tahap yang tertinggi. tak salah kn kita teruskan ? :)

nway, jeles jugak dgn mmber2 yang dah grad master nih. grad degree tak perlu nak jeles sangatlah. degree dah dalam tangan pun. hehe. harap2 aku pun dapat grad master mcm dorg tahun depan..aminn..korg doakan aku k..aku boleh bayangkan cmne kalau ak berjaya grad nanti..menangis...haha..yela, sekarang pun aku dah rasa susahnya nk habiskan master nih >.<

so, tahniah sekali lagi buat korang semua terutama kawan2 aku. n tak lupa jugak pada graduan2 UPM yang bakal berkonvo pertengahan Oktober nih. enjoy ur sweet moment :)

p/s : incik busuk pun dah grad n bakal berkonvo. tahniah sayang. saya bangga dengan awk. camnelah awak bila pakai baju konvo nanti. mesti comel kan? :)

bye-bye ! :D

Friday, September 30, 2011

Sekali dengar, nak dengar banyak2 kali lagi ;)

hai sayang2. asalamualaikum. lama rasanya dah tak update blog yg ntah hape2 nih. dah berhabuk pun *sambil mengelap2 skrin laptop*. rindu. haha. klise punye ayat. rindu konon. ingat blog nih boleh update diri sendiri ke ? jawab2 ! muahaha. ok. bukan tu topik utama yang aku nk utarakan pada entry kali nih. cuma gua nak berkongsi perasaan dgn korang bila gua dengar satu lagu nih. lagu ape ? lagu blog aku nih la. mungkin pada korg2 yang dah pernah dengar lagu nih, tak payah tergedik2 nk tanya aku nih lagu apa ok. pada yang tak tahu, aku izinkan menggedik sbb aku pun dah terkinja2 teruja nk perkenalkan lagu nih kat korg. haha. ok. tajuk lagu ni adalah JALAN yang didendangkan oleh kumpulan SOCIETY. kumpulan mne satu pun gua tak tahu. yang penting lagu nih best.

first time aku dengar lagu nih kat radio, aku dah tertarik. so,maknanya mmg best ah. aku pun dgn berwibawanya terus mencari lagu nih kat youtube.berulang2 kali aku dengar lagu nih kat laptop. yela, awalnya aku fikir lagu ni belum popular lagi. pe lagi, dgn cunnya aku promote kt mmber2 aku. tup2,de plak sorg minah ni cakap "weh,lagu ni da selalu keluar kt radio lah". ok fine. kau saja buat aku malu kan *tutup muka*. kesimpulannya kat cni, aku yang lambat atau radio yang cepat ? erk. pe bezanya ? haha.

jom layan lagu nih. gua sertakan lirik sekali. enjoy ! ;)

Jalan by Society

Kau..engkau yang memulakan
Kau yang menghiasi
Ruang hati..menyerikan hariku
Kau bagai matahariku
Menyinari bumi yang kemurungan
Mencorakkan pandanganku...pandanganku

Biarkanlah hari ini untuk kami
Meraikan musim ini seadanya
Semalam telah pergi
Esok belum tentu
Saat ini..di hari ini

Jalan yang terbentang tuk kita lewati
Tanpa gusar tanpa ada resah
Ketabahan..kita harus berani
Menghadapi..menghadapi

p/s : layan sambil menunggu panggilan rindu.

bye-bye :)