Monday, March 12, 2012

NIat baik tapi cara salah.



Asalamualaikum. Akhir2 nih, banyak je cerita hot dan menarik yang terjadi kat negara kita yang aman damai lagi harmoni lagi sejahtera lagi 1 Malaysia ni. eh ? Ok fine. memang negara kita aman damai. Bangga kan ? Tapi seaman sedamai mana pun Malaysia nih, takkan pernah terlepas dengan pelbagai masalah. maklumlah, manusia macam2 ragam kot. Siapa yang boleh control melainkan diri sendiri. Ye tak ? *sila angguk*

Baru2 nih, keluar berita pasal seorang ibu yang ditinggalkan anaknya di hotel bajet. Walaupun aku tak baca suratkhabar kat sini, tapi dengan bertungkus lumus nya ak search dekat internet semata nak tau pasal nenek nih. Baca punya baca, memang sangat kesian dan sadis. Tak dapat nak tahan air mata ni bila membayangkan seorang ibu yang LUMPUH ditinggalkan berseorangan. Hanya mengharapkan simpati dan belas ihsan pekerja-pekerja di hotel tersebut. Tapi mulianya sifat seorang manusia, nenek nih lebih sanggup dihantar ke pusat kebajikan daripada menyusahkan orang2 sekeliling yang membantunya. Kita yang melihat, mendengar dah terasa bebannya apatah lagi nenek nih yang menanggung. Sebab tu perasaan empati tu penting untuk kita merasa keadaan dan bebanan yang orang lain hadapi. Betul cakap orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak sedangkan 10 org anak belum mampu menjaga seorang ibu. 

Lumrah manusia. Lebih suka menghukum. Belum tau cerita sebenar, dah macam2 andaian yang dibuat mengenai anak lelaki yang meninggalkan ibunya nih. Ade yang memaki hamun, menghina, mencerca..walaupun perkataan2 nih lebih kurang je mksudnya, tapi memang teruk lah, senang cerita. Tapi, normal lah tu. Memang tindakan anak lelaki nenek nih boleh dipertikai even dia ada alasan tersendiri. Dengan semangatnya, aku search2 lagi sambungan kes nih. papp! Dapat berita terbaru tentang kenyataan lelaki nih mengenai tindakannya yang meninggalkan ibunya di hotel tersebut. Boleh bukak link nih Klik di sini.

Macam klise je jawapan n macam tak menjawab soklan pun ade jugak. *konpius*.  Buntu ? Fine. Tapi perlu ke beliau menjadikan ibu beliau sebagai mangsa ? Tindakan yang sangat tak bijak. Even beliau kata beliau sayang mak beliau, taknak susahkan mak beliau, tapi cara ni mati2 memang salah. Niat suci tapi tak kena caralah bro :). Orang buntu, ape yang boleh kita expect kan. Ape2 pun, diharapkan kenyataan beliau nih mampu menutup mulut dan pemikiran negatif segelintir daripada masyarakat kita. Kenapa tak semua ? Sebab, bukan semua mulut kita boleh tutup. Mulut masing2 kan. haha. dan aku HARAP2 sgt kes macam ni tak jadi lagi. errr..boleh ke ??

Moralnya kat sini, sayangilah ibu bapa anda. Tanpa mereka, kita takkan berada di mana kita berada sekarang. Ada paham ? :)

p/s : Tetiba teringat kat nenek :D

papai !

No comments:

Post a Comment

hai sayang2.
ada apa2 nak komen ?
komen je :)