Thursday, June 30, 2011

Jangan hanya menunding jari.


kebelakangan nih, banyak kes homoseksual yang pernah kita dengar.
isu ni bukan suatu yang baru.
tapi dah lama.
malah pernah menggegarkan negara kita.
pernah dengar isu pengkid yang bermain cinta dengan kaum sejenis ?
pernah dengar isu kaum lelaki yang ingin bertukar jantina kepada perempuan ?
pernah dengar isu pondan yang mencari rezeki di lorong2 gelap ?
haih.
dah basi.
makin digali, makin banyak yang timbul. betul ?
tapi aku buat entri ni bukan utk menyalahkan mereka semata2.
sebab aku tahu, setiap kejadian ada puncanya.
begitu juga mereka.
mungkin mereka tak normal macam kita,
tapi setiap dari mereka ada alasan yang tertentu.
cuma kita yang tak tahu.
aku pernah buat kajian tentang pengkid untuk projek akhir tahun aku tahun lepas.
yela, aku kan lulusan minor KERJA SOSIAL.
dari situ, serba sedikit aku dapat selami hati beberapa orang dari golongan ini.
memang susah untuk kita tafsirkan apa yang ada di hati mereka, apa yang mereka fikirkan.
tapi dari sudut hati kecil mereka, mereka tetap ada keinginan untuk berubah.
cuma situasi dan keadaan sekeliling yang tak mengizinkan.
dari apa yang aku dapat, segelintir masyarakat menjadi penyebab mereka terus berada dalam keadaan sekarang.
bukan mereka taknak berubah, tapi cacian dan pandangan negatif masyarakat menjadi halangan.
tu lah realitinya.
apa salahnya kita sebagai masyarakat memberi peluang kepada mereka untuk berubah ?
mereka juga manusia biasa yang berhak untuk hidup di muka bumi ini.
jangan terus menghukum mereka walaupun mereka telah melanggar norma2 kita.
tidak, aku bukan membela mereka.
tapi sekurang2nya kita celikkan mata kita.
sebagai masyarakat zaman moden, ini bukanlah cara kita yang akan terus memandang hina mereka.
kita sepatutnya menolong mereka sekiranya mereka benar2 untuk berubah.
aku pernah lihat satu bual bicara dalam rancangan Wanita Hari Ini.
isu nya tentang 'dilema anak lembut'
yup, mereka mmg lembut atau lebih dikenali dengan gelaran 'pondan'.
tapi betapa terharunya aku bila melihat pengorbanan seorang anak lembut yang sanggup menjaga ibunya yang sakit.
semua kerja rumah, makan minum pakai ibunya semua diuruskan.
menurut ibunya, anaknya tak pernah menyusahkan beliau.
biarlah orang sekeliling, jiran2 mengata mereka.
yang penting, si lembut itu tidak mengganggu orang laen.
memang mereka berdosa.
tapi itu dosa mereka dengan Tuhan.
mungkin mereka akan menjawab ini takdir mereka apabila ditanya.
namun, tak mustahil hidayah akan sampai kepada mereka satu hari nanti.
mereka ada jalan, terpulang pada mereka untuk memilih.
kita bukan siapa2 untuk menghukum mereka.

jangan terus menunding jari dan menyalahkan mereka, tapi mendoakan mereka.
bukankah itu lebih baek ? :)


bye !

No comments:

Post a Comment

hai sayang2.
ada apa2 nak komen ?
komen je :)