aku nak berkongsi satu kata2 yang dilontarkan oleh imam muda asyraf.
sangat menginsafkan.
" dalam dunia nih, ada satu benda yang boleh jadi ubat paling
mujarab dan boleh jadi penyakit yang paling merbahaya iaitu hati ibu bapa. jika kita taat dan sentiasa menyenangkan hati ibu bapa, maka ibu bapa akan berdoa untuk kita di mana doa mereka makbul dan itulah ubat paling mujarab. tetapi jika kita menderhaka dan menyakitkan hati mereka, maka mereka tidak redha dengan kita dan itulah penyakit yang paling merbahaya buat kita"
antara tips mengelakkan dari menderhaka kepada ibu bapa :
- patuh kepada suruhan Allah. insyaAllah, kita akan patuh juga kepada ibu bapa. jika dengan Allah kita berani melanggar suruhanNya, apatah lagi dengan ibu bapa.
- sentiasa mencium dan menyentuh ibu bapa kita. InsyaAllah kedegilan yang ada dalam diri akan pecah.
- lihat video ibu yang sedang melahirkan anak. hayati betapa susahnya ibu melahirkan kita.
renung2kan sejenak.
pernahkah kita menyakiti hati ibu bapa kita ?
mohonlah ampun dengan mereka selagi ada kesempatan.
sesungguhnya ibu bapa kita memang tiada pengganti.
jasa dan pengorbanan mereka tidak pernah akan terbalas walau segunung harta mampu kita beri kepada mereka.
aku sedar, aku tidak mampu memberi apa2 lagi pada mereka.
aku tiada harta.aku tiada kerja.
tapi aku akan cuba menggembirakan dan menyenangkan hati mereka.
Ya Allah..jadikanlah aku dan adik2 ku anak yang solehah,yang patuh kepada ibu bapa kami.
dan jauhkanlah kami dari perkara2 yang menjadi laranganMu.
aminn..
bye !
papa mama . iloveyou. |
alhamdulillah. berubah jugak ! wakaka~
ReplyDeleteanda bile lagi ? AHHA :p
ReplyDelete