Sunday, September 4, 2011

Satu pintu kebahagiaan hampir tertutup. harap2 takkan terus tertutup.

asalamualaikum.
hai sayang2 :)

arini aku rasa macam tak bersemangat je nk taip entry baru. tapi disebabkan aku ni mmg seorang yang berwawasan *anak merdekalah katekan*, aku gagahkan jugak jari ni. muahaha. erm..dah nak seminggu raya.sekejap je kan.tapi aku still tak berapa happy.happy happy jugak. tapi tak sehappy bila ada busuk dengan aku. huu.tetiba plak aku teringat pasal beliau. beliau menghilang sekarang nih. dah masuk 5 hari takde khabar berita. hanya Tuhan je tahu perasaan aku sekarang. aku still tggu n tetap menunggu. sabar n terus sabar. walaupun sabar tu ada tahap2 nya. tapi sabar aku masih belum melampaui batas ah. dari mana aku belajar sabar ni pun tak tahulah. cmne keadaan beliau sekarang ek. sehat ke tak. makin gemuk ke tak. yup, aku mengaku dgn korang, aku ade masalah dgn beliau sekarang. n makin meleret2 sejak raya pertama hari tuh. raya kedua, beliau msg mintak masa untuk tenangkan keadaan. ok, aku ikut je walaupun rasa rindu kt beliau macam nk rendam kepala dlm baldi. tapi kenapa beliau hilang terus ? T_T

mungkin salah aku. yup, mmg semua salah aku. aku rasa macam dah takde peluang untuk betulkan keadaan. apa yang aku rasa sekarang, aku lebih rela lepaskan beliau demi kebahagiaan beliau *dah macam zoo plak*. bia beliau rasa bebas tanpa apa2 ikatan dengan aku. dan mungkin itu yang beliau nak. aku dah tak sanggup nak saketkan hati siapa2 lagi. cukuplah buat kali nih. tapi aku taknak buat keputusan terburu2. orang kata, makan diri nanti. jadi, aku lebih selera selesa buat2 cool je walaupun snanye aku ni seorang yg hot. keputusan semua terletak kt tangan beliau. nak taknak, aku kena hormat.

kalau beliau boleh baca apa yang aku taip nih, aku cuma nak beliau tahu yang aku msih sayangkan hubungan nih. tapi aku hanya manusia biasa yang tak mampu untuk melawan takdir. andai kata jodoh kami setakat nih, aku kena terima. hanya Dia yang tahu apa yang terbaek untuk hamba2 Nya. dan aku yakin Dia telah merencanakan sesuatu untuk kami pada masa depan. namun, aku masih bersyukur kerana pernah dipertemukan dgn busuk, pernah dibahagiakan, pernah disayang, pernah diambil berat oleh beliau. terima kasih Allah untuk segala sinar kegembiraan itu walaupun hanya sekejap. dan aku harap, beliau akan jumpa seseorang yang lebih baik dari aku jika aku bukan pilihan beliau lagi. *yang penting bukan selena gomez pujaan hati beliau tuh*.

p/s : Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. tapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. Ya Allah, Kau kekalkanlah kebahagiaan dalam hidupku walau dalam bentuk apa sekali pun T_T


hoi, jangan nanges ah gedik ! *berkata kepada diri sendiri yang sememangnya dah bergenang nih*. gua kuat ok !


untuk awak, terima kaseh sbb sentiasa dengan saya ketika susah dan senang walaupun kita baru kenal. awak mmg comeeeeellllll ah ! haha  :)


bye-bye.

2 comments:

  1. aku kompius,kau cerita pasal kucing ke pasal prang nih??

    ReplyDelete
  2. aku cerita pasal org lah. ko konpius sebab nme busuk tu ke ? haha :p

    ReplyDelete

hai sayang2.
ada apa2 nak komen ?
komen je :)