Wednesday, October 26, 2011

Gua join contest lah :)

asalamualaikum. selamat malam kawan2. ok,sekarang dah malam. takkan nak ucap selamat pagi pulak kan. gilo namenye. hehe. so, korang camne ? sehat ? dah lame tak update blog nih. takpelah, bukan korg kesah pun. melainkan aku nih artis kan. gedik popular gitu. muahaha. tapi sekarang aku nak story satu cerita nih. disebabkan aku bukan artis, maka aku nak jadikan diri aku seumpama artis. konon ah. tapi xdenye glamour cmtu. mmpi atas angin je lah. aku sekarang berjinak2 join contest kat fb. untunglahhhh ada fb. kalau xde, boleh join contest ? haha. kt fb je yg aku mampu. contest luar mmg aku tak pandanglah. actually, contest ni dah lme pun. due date smpai 6nov nih. de gak dalam sebulan jngka masa contest nih. contest nih anjuran MISSLADYANASHOPS. kalau korg nk shopping baju2 ke, shawl2 especially, leh la dptkn dri blogshop beliau. harga pun berpatutan. promote2. hihi  :)

tu la alkisahnya. jadi, pada korg2 yang terlampau rajin mengonline fb tuh, sudi2 kn lah vote pic aku. like je kt pic aku tuh. ni gmbr yg ak hantar. link ade kt bwh pic tu k :)

semoga dgn sokongan korg, aku boleh mendapat tempat dlm contest nih.
aminn..
hehe :)
bye2 !

Saturday, October 1, 2011

Happy Konvo kawan2 !

asalamualaikum. aku harap masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada mereka2 yang telah berkonvo, sedang berkonvo dan akan berkonvo. sekarang nih mmg musim berkonvo kan. yolah, masing2 lepas konvo tak sempat2 terus tukar DP facebook. haha. semangat la katakan. ade yang senyum lebar sampai ke telinga, ada yang pegang bunga n teddy bear sampai tak cukup tangan, ada yang siap berphotoshoot..kalau boleh kat seluruh pelusuk universiti tuh korg nak bergambar kn..haha..macam2..relaks..aku pun pernah berkonvo jugak. so,dah tahu macam mana perasaan bila dah konvo tuh. gembira n lega tak payah cakaplah. selama beberapa tahun bertungkus lumus belajar, mengharungi saat2 tensen dgn assignment n tesis, akhirnya dapat konvo gak. alhamdulillah. korang kena tepuk tangan untuk diri sendiri *clap2*. kalau bukan dgn usaha sendiri, mana mungkin korg dapat jejak kaki atas pentas tuh kan. tapi, dengan konvo nih bukan bermakna korg dah tak perlu belajar lagi. dalam hidup kita nih, hari2 yang kita lalui tu pun da jadi pelajaran buat kita. apatah lagi bila korg ada peluang untuk smbung belajar smpai ke tahap yang tertinggi. tak salah kn kita teruskan ? :)

nway, jeles jugak dgn mmber2 yang dah grad master nih. grad degree tak perlu nak jeles sangatlah. degree dah dalam tangan pun. hehe. harap2 aku pun dapat grad master mcm dorg tahun depan..aminn..korg doakan aku k..aku boleh bayangkan cmne kalau ak berjaya grad nanti..menangis...haha..yela, sekarang pun aku dah rasa susahnya nk habiskan master nih >.<

so, tahniah sekali lagi buat korang semua terutama kawan2 aku. n tak lupa jugak pada graduan2 UPM yang bakal berkonvo pertengahan Oktober nih. enjoy ur sweet moment :)

p/s : incik busuk pun dah grad n bakal berkonvo. tahniah sayang. saya bangga dengan awk. camnelah awak bila pakai baju konvo nanti. mesti comel kan? :)

bye-bye ! :D

Friday, September 30, 2011

Sekali dengar, nak dengar banyak2 kali lagi ;)

hai sayang2. asalamualaikum. lama rasanya dah tak update blog yg ntah hape2 nih. dah berhabuk pun *sambil mengelap2 skrin laptop*. rindu. haha. klise punye ayat. rindu konon. ingat blog nih boleh update diri sendiri ke ? jawab2 ! muahaha. ok. bukan tu topik utama yang aku nk utarakan pada entry kali nih. cuma gua nak berkongsi perasaan dgn korang bila gua dengar satu lagu nih. lagu ape ? lagu blog aku nih la. mungkin pada korg2 yang dah pernah dengar lagu nih, tak payah tergedik2 nk tanya aku nih lagu apa ok. pada yang tak tahu, aku izinkan menggedik sbb aku pun dah terkinja2 teruja nk perkenalkan lagu nih kat korg. haha. ok. tajuk lagu ni adalah JALAN yang didendangkan oleh kumpulan SOCIETY. kumpulan mne satu pun gua tak tahu. yang penting lagu nih best.

first time aku dengar lagu nih kat radio, aku dah tertarik. so,maknanya mmg best ah. aku pun dgn berwibawanya terus mencari lagu nih kat youtube.berulang2 kali aku dengar lagu nih kat laptop. yela, awalnya aku fikir lagu ni belum popular lagi. pe lagi, dgn cunnya aku promote kt mmber2 aku. tup2,de plak sorg minah ni cakap "weh,lagu ni da selalu keluar kt radio lah". ok fine. kau saja buat aku malu kan *tutup muka*. kesimpulannya kat cni, aku yang lambat atau radio yang cepat ? erk. pe bezanya ? haha.

jom layan lagu nih. gua sertakan lirik sekali. enjoy ! ;)

Jalan by Society

Kau..engkau yang memulakan
Kau yang menghiasi
Ruang hati..menyerikan hariku
Kau bagai matahariku
Menyinari bumi yang kemurungan
Mencorakkan pandanganku...pandanganku

Biarkanlah hari ini untuk kami
Meraikan musim ini seadanya
Semalam telah pergi
Esok belum tentu
Saat ini..di hari ini

Jalan yang terbentang tuk kita lewati
Tanpa gusar tanpa ada resah
Ketabahan..kita harus berani
Menghadapi..menghadapi

p/s : layan sambil menunggu panggilan rindu.

bye-bye :)

Friday, September 23, 2011

Contengan dari jari.

awak..
ingat tak dulu masa first time kita rapat..
awak cakap saya macam bintang hidup awak..
awak takkan tgk bintang kalau saya ada dengan awak..
tapi sekarang..
entah2 muka saya pun awak dah lupa..

awak..
ingat tak dulu masa mula-mula kita bersama..
awak selalu call saya..
awak selalu msg saya..
kalau awak tak dengar berita dari saya, awak cakap yang saya dah lupa kat awak..
tapi sekarang..
nak dengar suara saya pun awak dah rimas..

awak..
ingat tak masa kita selalu keluar dating..
awak selalu buat saya ketawa..
kadang2 awak buat lawak tapi awak yang ketawa sendiri..
saya suka sangat dengar awak ketawa...
saya suka sangat tengok awak senyum..
tapi sekarang...
awak selalu buat saya menangis...

awak..
ingat tak masa kita bergurau..
saya suka panggil awak 'busuk'..
awak marah..
tapi awak tetap ketawa..
lama2 awak tak kesah pun saya panggil awak mcm tuh..
tapi sekarang..
saya dah tak berani nak gurau dengan awak..
nanti awak marah..

awak..
awak ingat tak dulu awak pernah janji nak jaga saya..
awak janji nak bahagiakan saya..
awak janji nak gembirakan saya..
tapi sekarang..
mana perhatian awak kat saya ?

awak..
ingat tak masa saya sedih dulu..
awak selalu bagi saya kata-kata semangat...
awak selalu yakinkan saya yang saya boleh berjaya..
tapi sekarang..
mana awak bila saya perlukan awak ?

awak..
dulu awak cakap awak terima saya seadanya..
dan saya pun sama..
tapi sekarang...
kenapa awak menjauh lepas tahu kekurangan saya ?
awak dah tak sayang saya ?

awak..
awak cakap saya tak pernah berubah..
tapi kenapa awak yang perlu berubah ?
apa salah saya ?

semua jawapan ada pada awak :)

p/s : hati manusia mudah berubah kn. gua tak nanges ok. cuma mata basah sikit-sikit je. muahaha :p

Wednesday, September 21, 2011

Jawapan dari segala kesedihan.


asalamualaikum. hai :) hari ni aku nak jadi lebih sopan. sbb aku memang tau yg ak ni sopan. so,aku cume nk jadi sopan lebih sket je. macam biasa, hari ni aku tak ke mana2. jadi penunggu setia bilik di kolej. ada kerja yang perlu di settle. lecturer dah memanggil aku esok. tapi....mood nak buat kerja tu takde lagi. dgn demam yang baru nak kebah. dgn perasaan yang ntah hape2 sekarang. oh, lemah sangat :( sejak kebelakangan ni, status di facebook aku pun semua sedih2. secara psikologinya, mmg orang ramai yg nmpak update ak tuh, mesti berpersepsi yang aku ni dalam masalah. ada yang jujur sangat terus bertanya kat aku. n ada yang lagi hebat, terus bagi kata-kata semangat tanpa tau pokok pangkal cerita. haha. logiklah plak kan orang tgh gembira2 g update status yg sedih2. spoil mood lah gitu. tapi inilah aku. apa yang aku fikir,apa yang aku rasa, aku tak mampu nak luah pada siapa2. cukuplah hnya diluahkan secara kasar di medium rerakan. kalaulah aku mampu untuk meluahkan apa yang aku rasa, pada semua orang aku nak cerita. biar lega derita dalam hati nih. tapi apakan daya. bukan orang laen boleh tolong. aku hanya berserah dan semua terletak pada aku jugak. nway, aku berterima kaseh pada rakan2 yang banyak bagi support dan sangat2 memahami aku. aku tak nafikan, kalau tanpa diorg, mungkin aku tak sekuat ini . dan mungkin aku akan makin kuat untuk hadapi situasi seterusnya. insyaAllah :)

aku tiada jawapan yang tepat kenapa aku sedih sampai macam ni. tapi ayat2 kat bawah nih, dah mewakili diri aku untuk memberi jawapan. walaupun tak jelas, tapi inilah apa yang aku rasa sekarang. dan harap korang dapat main point dari kata2 di bawah :)


Andainya lelaki tahu..
dalam hati seorang perempuan, ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya..

Andainya lelaki tahu..
rajuk seorang perempuan minta dipujuk..
marah seorang perempuan perlu didekati..
sedih seorang perempuan harus didengari..
gembira seorang perempuan ingin dikongsi..

Andainya lelaki tahu..
di sebalik seribu satu rasa itu, ada sekeping hati nan lembut..
bukan untuk dimanjai..
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
hanya perlu sedikit perhatian agar rasa kasih itu terasa wujud walau di saat jauh..

Kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa bertanya pada diri seorang perempuan..
wujudkah cinta itu di hati lelaki ?
bila di saat jauh tanpa perkhabaran ?

sumber : youtube

p/s : aku rasa aku tak perlu jadi BODOH macam dulu :). maafkan saya awak, saya lakukan demi kebahagiaan awak jugak. dan saya harap saya akan buat keputusan yang TEPAT :(

Monday, September 19, 2011

Bukan taknak update, tapi taknaklah.

haha. agak kasar tajuk entry di atas kan. sori. hehe. eh, asalamualaikum :) aku rindu betul kat blog yang tak berapa nk blog sangat nih. tapi maaflah, belum ada masa yang betul2 sesuai untuk letak entry baru. dengan masalah peribadi lagi, tesis master yang tak gerak2 lagi n apa2 je lah yang menghalang. so, jangan rindu aku sangat ye. pape hal kesah aku mmg aku update kat mukabuku je. jangan lah lupa add aku. *promote diri*. ok lah. aku nk inform tu je. haha. 


bye-bye ! :)

Tuesday, September 13, 2011

Gua pun nk update pasal raya jugak ! ;)

asalamualaikum !

hai sayang2. ce teka aku kat mana. haha. tak payahla, biar aku jawab sendiri. aku dah balik UPM. hebat tak aku ? korang mampu ? kalau mampu meh datang cni teman aku T_T. gua tgh homesick gegila nih. rasa macam nak larikan diri. mama nak balik !!!!!!!!!

*setengah jam kemudian*

ok.dah berhenti nanges. muahaha :p dgn cerianya sekarang, aku nk update entry tentang lebaran tahun nih. rasa macam simple sangat. kalau dlu pun rasa simple, tahun ni pun simple, tahun depan agak2 simple tak ? gua rasa sama je. malam raya macam biasa, balik rumah nenek kat melaka. raya pertama mmg wajib family aku raya dkt melaka. lepas solat raya, makan2, tdo2, tgk2 tv, petang baru gerak balik batu pahat plak, kampung belah mama. yang bestnye raya kat rumah nenek kali nih, dijamu sekali dgn pokok rambutan yang lebat berbuah kt belakang rumah tuh. bukanlah pokok tuh yang nak jamu kita, kita jamu pokok tu sendiri ah. *maksudnya kena kait buah tu sendirian berhad*.

ni kat rumah nenek.
baju gua mmg simple gila sbb malas nak fikir pasl baju2 berfesyen nih.
haha
rumah nenek mmg betul2 tepi jalan besar.
bila amek gambar, mmg terasa HOT gila.
papa dan mama :)
the Fadhilla's
family :)
ni antara alasan logik kenapa aku pendek.
muahaha *lempang diri sendiri*
dan ini bukti yang memang aku pendek.
petang raya, trus gerak balik batu pahat plak. memang dah beribu2 lemon *tipu je* sedara2 yang ada kat sana. so, makcik2 pun dah buat plan baek g braye rumah2 sedara yang terdekat 2 hari berturut2. lepas area kampung, pergi kluang, lepas tu simpang renggam, lepas tu rumah aku plak kat sydney jb :)

malam raya pertama kat rumah makngah.
*aku macam org jakun tak pernah jumpa batang buruk*
sebelum berangkat ke kluang.
kereta unser ni pun bagi jamuan gak masa odw g kluang.
bagi jamuan pada kancil kt blakang tuh.
sedap tak sik KANCIL ? *hamek ko*
kereta unser yang papa drive nih eksiden masa on da way gi kluang aritu. kancil hentam. so, bayangkan lah kalau si kecik lawan si besar siapa yang menang. haha. aku takde masa nih sbb ak gedik2 g naek kereta org laen. bosan naek kereta sendiri kot. lalala. tapi sumenye ok, berjalan lancar lepas tuh walaupun tak dapat ganti rugi yang sepatutnye.

kat rumah pak uda :)
ni hanya SEBAHAGIAN je dari kerabat2 kitorg. bukan SEPARUH
atau KESELURUHAN. 
selaen beraye, ade je aktiviti2 luar drpd raya yang kitorg buat. beselah, mmg wajib kalau dah kumpul rmai2 utk hangout sme2. lepas ni masing2 da bwk diri pergi belajar, kje, menganggur dan sebagainya. haha. sempatla jugak kitorg melalak berkarok, maen bowling n tgk Hantu Bonceng tgh2 malam.

sesampainya aku kt jb, time untuk beraya dgn kawan2 plak :) penat tu letak tepi2 sket lah. yang penting dapat
beraya macam dlu2. cume agak kekurangan korum tp de tambah korum baru ;)

syairah, awak ni canteklah :)
rumah mmber hanah *wawa, kiri hujung sekali*
raya2 dah dapat kawan baru tau :)
aku join g wedding dak sekolah SBPI si hanah .
tak sangka dapat jumpa culin *yg tgh2 tuh*.
kitorg satu SIGS dlu b4 masing2 pindah sekolah asmara asrama :)
wan, hanah, syud, syairah n aku.
bukan sng nk jumpe si syud yg bz memanjang nih.
last2 serbu je rumah die. haha :)
sebelum bergerak ke rumah aku plak :)

beraya ke rumah ros esoknye :)
lepas aku n hanah beraya rumah ros, malam tu plak aku bawak adek2 aku yang gedik2 tuh pergi serang rumah Aliff Ridzuan :) sape beliau ? rahsia. haha

aku tak paham kenapa die sorg je yg duk posing *muntah*
tadaa!! ni la alep :)
muahaha. cukuplah dlu ye cerita raya fasa 1 nih. eh, aku ada cakap ke pasal fasa2 tadi ? takpelah, maksudnye cerita raya kat johor lah. nanti aku update plak cerita raya kt luar johor k. gua dah penat. rasa nk golek2 plak. jumpe lagi.

p/s : lu org ingt gua x dapat kumpul duet raya ke ? muka tak malu macam gua nih, kalau org hulur gua amek je. muahaha :p

papai ! ;)