Monday, March 12, 2012

NIat baik tapi cara salah.



Asalamualaikum. Akhir2 nih, banyak je cerita hot dan menarik yang terjadi kat negara kita yang aman damai lagi harmoni lagi sejahtera lagi 1 Malaysia ni. eh ? Ok fine. memang negara kita aman damai. Bangga kan ? Tapi seaman sedamai mana pun Malaysia nih, takkan pernah terlepas dengan pelbagai masalah. maklumlah, manusia macam2 ragam kot. Siapa yang boleh control melainkan diri sendiri. Ye tak ? *sila angguk*

Baru2 nih, keluar berita pasal seorang ibu yang ditinggalkan anaknya di hotel bajet. Walaupun aku tak baca suratkhabar kat sini, tapi dengan bertungkus lumus nya ak search dekat internet semata nak tau pasal nenek nih. Baca punya baca, memang sangat kesian dan sadis. Tak dapat nak tahan air mata ni bila membayangkan seorang ibu yang LUMPUH ditinggalkan berseorangan. Hanya mengharapkan simpati dan belas ihsan pekerja-pekerja di hotel tersebut. Tapi mulianya sifat seorang manusia, nenek nih lebih sanggup dihantar ke pusat kebajikan daripada menyusahkan orang2 sekeliling yang membantunya. Kita yang melihat, mendengar dah terasa bebannya apatah lagi nenek nih yang menanggung. Sebab tu perasaan empati tu penting untuk kita merasa keadaan dan bebanan yang orang lain hadapi. Betul cakap orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak sedangkan 10 org anak belum mampu menjaga seorang ibu. 

Lumrah manusia. Lebih suka menghukum. Belum tau cerita sebenar, dah macam2 andaian yang dibuat mengenai anak lelaki yang meninggalkan ibunya nih. Ade yang memaki hamun, menghina, mencerca..walaupun perkataan2 nih lebih kurang je mksudnya, tapi memang teruk lah, senang cerita. Tapi, normal lah tu. Memang tindakan anak lelaki nenek nih boleh dipertikai even dia ada alasan tersendiri. Dengan semangatnya, aku search2 lagi sambungan kes nih. papp! Dapat berita terbaru tentang kenyataan lelaki nih mengenai tindakannya yang meninggalkan ibunya di hotel tersebut. Boleh bukak link nih Klik di sini.

Macam klise je jawapan n macam tak menjawab soklan pun ade jugak. *konpius*.  Buntu ? Fine. Tapi perlu ke beliau menjadikan ibu beliau sebagai mangsa ? Tindakan yang sangat tak bijak. Even beliau kata beliau sayang mak beliau, taknak susahkan mak beliau, tapi cara ni mati2 memang salah. Niat suci tapi tak kena caralah bro :). Orang buntu, ape yang boleh kita expect kan. Ape2 pun, diharapkan kenyataan beliau nih mampu menutup mulut dan pemikiran negatif segelintir daripada masyarakat kita. Kenapa tak semua ? Sebab, bukan semua mulut kita boleh tutup. Mulut masing2 kan. haha. dan aku HARAP2 sgt kes macam ni tak jadi lagi. errr..boleh ke ??

Moralnya kat sini, sayangilah ibu bapa anda. Tanpa mereka, kita takkan berada di mana kita berada sekarang. Ada paham ? :)

p/s : Tetiba teringat kat nenek :D

papai !

Wednesday, March 7, 2012

Comel kasut ni macam saya :p



Comel tak kasut saya ? :)
Gedik kan? Haha. bukan nak show off. tapi sebab aku jarang sangat beli kasut GUNA DUET SENDIRI, maka aku rasa excited sgt nak tunjuk kasut yang comel lagi berkaler2 ni yang dibeli dgn duet gaji sendiri ats daya usaha bekerja membanting tulang empat kerat sampai patah riuk tunggang langgang sume. ok tipu. Yang aku geram, banyak sangat kaler smpai rambang mata nak pilih. Kecomelan kasut ni dah menggugat azam aku nak save duet gaji buat kawen *bab kawen laju je taip*, buat beli baju, beli beg, beli seluar, beli shawl, bla...bla...bla...dan baru aku terfikir, barang2 di atas langsung x membantu azam aku. terima kaseh.

Ok, tak payahla detail sangat pasal kasut ni sebab kasut murah je. Tapi sangat selesa dan terasa diri ni terlebih comel bila pakai. muahaha.

Nak ? Beli sendiri. Pusing2 downtown mines, kompem jumpe :p

p/s : sebenarnya banyak je kasut dalam si buntal tapi bukan pakai pun.

babai :)

Sunday, March 4, 2012

Jodoh bukan kat tangan kita.


Aku rasa perihal jodoh ni semua orang dah tau. Kalau yang tak tahu pun, mungkin tak tahu pasal jodoh kita dah ditentukan seawal usia kita 4 bulan di dalam perut ibu. Sebab aku pun baru pun tahu. haha. Aku tak nafikan, kadang2 perasaan cemburu tu ada bila tengok orang lain dah berkahwin, bertunang, bahagia dengan pasangan masing2. Kadang2, mesti terfikir, kenapa orang lain bahagia tapi diri sendiri tak bahagia. Come on lah. Tak perlu bertanya soalan tu sebab semua jawapan hanya Dia yang tahu. Mungkin kite belum bertemu jodoh yang sesuai atau kebahagiaan untuk kita belum tiba. Tapi, Tuhan dah janjikan kebahagian untuk setiap hambaNya yang berdoa, berusaha dan bersabar kn ?

So, no need to desperate sangatlah. ape maksud aku desperate?? Yelah, setiap kali perlu ke mengeluh, 'ramai mmber aku dah kahwin. bile aku nak kahwin ni.....'. Lantaklah diorg nak kahwin ke ape. Dah sampai seru, ko pun akan kawen kot. Yang lagi satu aku tak paham, risau dah tua2 tapi takde pasangan. Nak ade pasangan macam mana kalau memilih. Tak salah kot nak memilih untuk kebaikan masa depan, tapi agak2 lah. Mana ada orang dlm dunia ni yang perfect. Cermin diri sendiri dulu.

Oh, bertambah buruknya jika kaum perempuan yang ternampak over desperatenye. Kaum lelaki boleh tahan lagi. haha. Yela, kalau tak, takkan la muncul peribahasa 'perigi cari timba'. Memang zaman sekarang, peribahasa tu dah takde makna. Sebab ramai je yang aku nampak sekarang 'perigi' terhegeh2 cari 'timba'. Pada aku, memang tak salah nak mencari pasangan. tapi janganlah tero'over' eksaited sgt smpai dengan semua org kau nak bercerita. Aku penah dengar satu perbualan telefon dalam satu segmen di radio ERA kalau tak silap, terang2 pihak lelaki tolak mentah2 cinta si perempuan, tak perlulah perempuan nak merayu bagai. Malu dowh. kalau aku, setahun tak keluar rumah. Cik adek, mana air muka awak sebagai perempuan?? Orang tu dah taknak, blah lah :)

Dahla, aku bukan nk ckp yang ak ni bagus sgt. Jodoh aku sendiri aku pun tak tahu lagi. Ingatlah, sesempurna mana pun kita cari, selama mana pun kita tunggu, tapi kalau Tuhan kata DIA BUKAN JODOH KAU, siapa kita nak menolak takdir ? Orang yang berkahwin pun boleh bercerai, yang berkapel 10 tahun pun boleh kawen dgn org laen, tu semua atas kuasaNya. Apa yang kita mampu, hanya berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik, yang boleh sama2 melengkapi ke arah jalan yang benar.

Memang aku menulis dalam keadaan marah. Bukan sebab ni, tapi sebab laen. tapi.......bile masa tu jgk ak dengar benda2 macam ni, memang kena time lah. Hamek sekali kena sembur.

Pada siapa2 yang terasa, mintak maaf. Aku sekadar berkongsi pendapat.

Bye.