Friday, September 30, 2011

Sekali dengar, nak dengar banyak2 kali lagi ;)

hai sayang2. asalamualaikum. lama rasanya dah tak update blog yg ntah hape2 nih. dah berhabuk pun *sambil mengelap2 skrin laptop*. rindu. haha. klise punye ayat. rindu konon. ingat blog nih boleh update diri sendiri ke ? jawab2 ! muahaha. ok. bukan tu topik utama yang aku nk utarakan pada entry kali nih. cuma gua nak berkongsi perasaan dgn korang bila gua dengar satu lagu nih. lagu ape ? lagu blog aku nih la. mungkin pada korg2 yang dah pernah dengar lagu nih, tak payah tergedik2 nk tanya aku nih lagu apa ok. pada yang tak tahu, aku izinkan menggedik sbb aku pun dah terkinja2 teruja nk perkenalkan lagu nih kat korg. haha. ok. tajuk lagu ni adalah JALAN yang didendangkan oleh kumpulan SOCIETY. kumpulan mne satu pun gua tak tahu. yang penting lagu nih best.

first time aku dengar lagu nih kat radio, aku dah tertarik. so,maknanya mmg best ah. aku pun dgn berwibawanya terus mencari lagu nih kat youtube.berulang2 kali aku dengar lagu nih kat laptop. yela, awalnya aku fikir lagu ni belum popular lagi. pe lagi, dgn cunnya aku promote kt mmber2 aku. tup2,de plak sorg minah ni cakap "weh,lagu ni da selalu keluar kt radio lah". ok fine. kau saja buat aku malu kan *tutup muka*. kesimpulannya kat cni, aku yang lambat atau radio yang cepat ? erk. pe bezanya ? haha.

jom layan lagu nih. gua sertakan lirik sekali. enjoy ! ;)

Jalan by Society

Kau..engkau yang memulakan
Kau yang menghiasi
Ruang hati..menyerikan hariku
Kau bagai matahariku
Menyinari bumi yang kemurungan
Mencorakkan pandanganku...pandanganku

Biarkanlah hari ini untuk kami
Meraikan musim ini seadanya
Semalam telah pergi
Esok belum tentu
Saat ini..di hari ini

Jalan yang terbentang tuk kita lewati
Tanpa gusar tanpa ada resah
Ketabahan..kita harus berani
Menghadapi..menghadapi

p/s : layan sambil menunggu panggilan rindu.

bye-bye :)

Friday, September 23, 2011

Contengan dari jari.

awak..
ingat tak dulu masa first time kita rapat..
awak cakap saya macam bintang hidup awak..
awak takkan tgk bintang kalau saya ada dengan awak..
tapi sekarang..
entah2 muka saya pun awak dah lupa..

awak..
ingat tak dulu masa mula-mula kita bersama..
awak selalu call saya..
awak selalu msg saya..
kalau awak tak dengar berita dari saya, awak cakap yang saya dah lupa kat awak..
tapi sekarang..
nak dengar suara saya pun awak dah rimas..

awak..
ingat tak masa kita selalu keluar dating..
awak selalu buat saya ketawa..
kadang2 awak buat lawak tapi awak yang ketawa sendiri..
saya suka sangat dengar awak ketawa...
saya suka sangat tengok awak senyum..
tapi sekarang...
awak selalu buat saya menangis...

awak..
ingat tak masa kita bergurau..
saya suka panggil awak 'busuk'..
awak marah..
tapi awak tetap ketawa..
lama2 awak tak kesah pun saya panggil awak mcm tuh..
tapi sekarang..
saya dah tak berani nak gurau dengan awak..
nanti awak marah..

awak..
awak ingat tak dulu awak pernah janji nak jaga saya..
awak janji nak bahagiakan saya..
awak janji nak gembirakan saya..
tapi sekarang..
mana perhatian awak kat saya ?

awak..
ingat tak masa saya sedih dulu..
awak selalu bagi saya kata-kata semangat...
awak selalu yakinkan saya yang saya boleh berjaya..
tapi sekarang..
mana awak bila saya perlukan awak ?

awak..
dulu awak cakap awak terima saya seadanya..
dan saya pun sama..
tapi sekarang...
kenapa awak menjauh lepas tahu kekurangan saya ?
awak dah tak sayang saya ?

awak..
awak cakap saya tak pernah berubah..
tapi kenapa awak yang perlu berubah ?
apa salah saya ?

semua jawapan ada pada awak :)

p/s : hati manusia mudah berubah kn. gua tak nanges ok. cuma mata basah sikit-sikit je. muahaha :p

Wednesday, September 21, 2011

Jawapan dari segala kesedihan.


asalamualaikum. hai :) hari ni aku nak jadi lebih sopan. sbb aku memang tau yg ak ni sopan. so,aku cume nk jadi sopan lebih sket je. macam biasa, hari ni aku tak ke mana2. jadi penunggu setia bilik di kolej. ada kerja yang perlu di settle. lecturer dah memanggil aku esok. tapi....mood nak buat kerja tu takde lagi. dgn demam yang baru nak kebah. dgn perasaan yang ntah hape2 sekarang. oh, lemah sangat :( sejak kebelakangan ni, status di facebook aku pun semua sedih2. secara psikologinya, mmg orang ramai yg nmpak update ak tuh, mesti berpersepsi yang aku ni dalam masalah. ada yang jujur sangat terus bertanya kat aku. n ada yang lagi hebat, terus bagi kata-kata semangat tanpa tau pokok pangkal cerita. haha. logiklah plak kan orang tgh gembira2 g update status yg sedih2. spoil mood lah gitu. tapi inilah aku. apa yang aku fikir,apa yang aku rasa, aku tak mampu nak luah pada siapa2. cukuplah hnya diluahkan secara kasar di medium rerakan. kalaulah aku mampu untuk meluahkan apa yang aku rasa, pada semua orang aku nak cerita. biar lega derita dalam hati nih. tapi apakan daya. bukan orang laen boleh tolong. aku hanya berserah dan semua terletak pada aku jugak. nway, aku berterima kaseh pada rakan2 yang banyak bagi support dan sangat2 memahami aku. aku tak nafikan, kalau tanpa diorg, mungkin aku tak sekuat ini . dan mungkin aku akan makin kuat untuk hadapi situasi seterusnya. insyaAllah :)

aku tiada jawapan yang tepat kenapa aku sedih sampai macam ni. tapi ayat2 kat bawah nih, dah mewakili diri aku untuk memberi jawapan. walaupun tak jelas, tapi inilah apa yang aku rasa sekarang. dan harap korang dapat main point dari kata2 di bawah :)


Andainya lelaki tahu..
dalam hati seorang perempuan, ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya..
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya..

Andainya lelaki tahu..
rajuk seorang perempuan minta dipujuk..
marah seorang perempuan perlu didekati..
sedih seorang perempuan harus didengari..
gembira seorang perempuan ingin dikongsi..

Andainya lelaki tahu..
di sebalik seribu satu rasa itu, ada sekeping hati nan lembut..
bukan untuk dimanjai..
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
hanya perlu sedikit perhatian agar rasa kasih itu terasa wujud walau di saat jauh..

Kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa bertanya pada diri seorang perempuan..
wujudkah cinta itu di hati lelaki ?
bila di saat jauh tanpa perkhabaran ?

sumber : youtube

p/s : aku rasa aku tak perlu jadi BODOH macam dulu :). maafkan saya awak, saya lakukan demi kebahagiaan awak jugak. dan saya harap saya akan buat keputusan yang TEPAT :(

Monday, September 19, 2011

Bukan taknak update, tapi taknaklah.

haha. agak kasar tajuk entry di atas kan. sori. hehe. eh, asalamualaikum :) aku rindu betul kat blog yang tak berapa nk blog sangat nih. tapi maaflah, belum ada masa yang betul2 sesuai untuk letak entry baru. dengan masalah peribadi lagi, tesis master yang tak gerak2 lagi n apa2 je lah yang menghalang. so, jangan rindu aku sangat ye. pape hal kesah aku mmg aku update kat mukabuku je. jangan lah lupa add aku. *promote diri*. ok lah. aku nk inform tu je. haha. 


bye-bye ! :)

Tuesday, September 13, 2011

Gua pun nk update pasal raya jugak ! ;)

asalamualaikum !

hai sayang2. ce teka aku kat mana. haha. tak payahla, biar aku jawab sendiri. aku dah balik UPM. hebat tak aku ? korang mampu ? kalau mampu meh datang cni teman aku T_T. gua tgh homesick gegila nih. rasa macam nak larikan diri. mama nak balik !!!!!!!!!

*setengah jam kemudian*

ok.dah berhenti nanges. muahaha :p dgn cerianya sekarang, aku nk update entry tentang lebaran tahun nih. rasa macam simple sangat. kalau dlu pun rasa simple, tahun ni pun simple, tahun depan agak2 simple tak ? gua rasa sama je. malam raya macam biasa, balik rumah nenek kat melaka. raya pertama mmg wajib family aku raya dkt melaka. lepas solat raya, makan2, tdo2, tgk2 tv, petang baru gerak balik batu pahat plak, kampung belah mama. yang bestnye raya kat rumah nenek kali nih, dijamu sekali dgn pokok rambutan yang lebat berbuah kt belakang rumah tuh. bukanlah pokok tuh yang nak jamu kita, kita jamu pokok tu sendiri ah. *maksudnya kena kait buah tu sendirian berhad*.

ni kat rumah nenek.
baju gua mmg simple gila sbb malas nak fikir pasl baju2 berfesyen nih.
haha
rumah nenek mmg betul2 tepi jalan besar.
bila amek gambar, mmg terasa HOT gila.
papa dan mama :)
the Fadhilla's
family :)
ni antara alasan logik kenapa aku pendek.
muahaha *lempang diri sendiri*
dan ini bukti yang memang aku pendek.
petang raya, trus gerak balik batu pahat plak. memang dah beribu2 lemon *tipu je* sedara2 yang ada kat sana. so, makcik2 pun dah buat plan baek g braye rumah2 sedara yang terdekat 2 hari berturut2. lepas area kampung, pergi kluang, lepas tu simpang renggam, lepas tu rumah aku plak kat sydney jb :)

malam raya pertama kat rumah makngah.
*aku macam org jakun tak pernah jumpa batang buruk*
sebelum berangkat ke kluang.
kereta unser ni pun bagi jamuan gak masa odw g kluang.
bagi jamuan pada kancil kt blakang tuh.
sedap tak sik KANCIL ? *hamek ko*
kereta unser yang papa drive nih eksiden masa on da way gi kluang aritu. kancil hentam. so, bayangkan lah kalau si kecik lawan si besar siapa yang menang. haha. aku takde masa nih sbb ak gedik2 g naek kereta org laen. bosan naek kereta sendiri kot. lalala. tapi sumenye ok, berjalan lancar lepas tuh walaupun tak dapat ganti rugi yang sepatutnye.

kat rumah pak uda :)
ni hanya SEBAHAGIAN je dari kerabat2 kitorg. bukan SEPARUH
atau KESELURUHAN. 
selaen beraye, ade je aktiviti2 luar drpd raya yang kitorg buat. beselah, mmg wajib kalau dah kumpul rmai2 utk hangout sme2. lepas ni masing2 da bwk diri pergi belajar, kje, menganggur dan sebagainya. haha. sempatla jugak kitorg melalak berkarok, maen bowling n tgk Hantu Bonceng tgh2 malam.

sesampainya aku kt jb, time untuk beraya dgn kawan2 plak :) penat tu letak tepi2 sket lah. yang penting dapat
beraya macam dlu2. cume agak kekurangan korum tp de tambah korum baru ;)

syairah, awak ni canteklah :)
rumah mmber hanah *wawa, kiri hujung sekali*
raya2 dah dapat kawan baru tau :)
aku join g wedding dak sekolah SBPI si hanah .
tak sangka dapat jumpa culin *yg tgh2 tuh*.
kitorg satu SIGS dlu b4 masing2 pindah sekolah asmara asrama :)
wan, hanah, syud, syairah n aku.
bukan sng nk jumpe si syud yg bz memanjang nih.
last2 serbu je rumah die. haha :)
sebelum bergerak ke rumah aku plak :)

beraya ke rumah ros esoknye :)
lepas aku n hanah beraya rumah ros, malam tu plak aku bawak adek2 aku yang gedik2 tuh pergi serang rumah Aliff Ridzuan :) sape beliau ? rahsia. haha

aku tak paham kenapa die sorg je yg duk posing *muntah*
tadaa!! ni la alep :)
muahaha. cukuplah dlu ye cerita raya fasa 1 nih. eh, aku ada cakap ke pasal fasa2 tadi ? takpelah, maksudnye cerita raya kat johor lah. nanti aku update plak cerita raya kt luar johor k. gua dah penat. rasa nk golek2 plak. jumpe lagi.

p/s : lu org ingt gua x dapat kumpul duet raya ke ? muka tak malu macam gua nih, kalau org hulur gua amek je. muahaha :p

papai ! ;)

Wednesday, September 7, 2011

everyday's word 1 :)


p/s : arini hari khamis. takde wordless2 wednesday ah. kalau boleh, hari2 gua nak wordless. haha

bye-bye.

Tuesday, September 6, 2011

Sekuat mana pun kita, kadang2 kalah jugak dgn air mata nih.

kn ? tak payah nak tipulah korg tak pernah menanges even korg rasa korg kuat.. paling2 pun korg akan sorokkan muka tak pun nanges dalam toilet.. heh ! macam aku hari nih.. pagi nih.. dah berapa hari aku berlakon ala2 macam incredible hulk.. kuat knon2 nya sebab taknak menanges.. tapi tadi aku rasa takleh nak tahan nafsu menanges tuh.. rasa mcm senang gila air mata nih jatuh.. sedangkan takde makhluk pun yang pukul, pijak, belasah, tampar n cium cubit aku..hebat kan penangan hati nih ? disebabkan hati yang saket, air mata pun boleh gedik2 nk keluar.. disebabkan hati yg ada perasaan rindu, air mata nih berlumba2 nak jatuh..ok..main point kt cni adalah RINDU..aku nih buat2 hot cool je kan..tapi aku tak boleh nak bohong diri sendiri..rasa rindu tu boleh membunuh..dalam tmpoh masa seminggu, aku rasa kehilangan sangat2..rasa hilang separuh nyawa aku..aku dah tak peduli orang nk cakap "buat apa bazirkan air mata untuk orang yang tak ingat kita"..sebab aku sendiri tak sure die ingat aku lagi atau tak..haha..

dan disebabkan rasa rindu ni lah aku buat kerja gila. gua nak hantar kad raya kat busuk.. haha.. sekarang mmg lah kerja gila kan. dah bpe hari raya baru terhegeh2 nak hantar kad raya..eh, duet gua..muahaha..bialah nampak eklas sket aku nak mintak maaf :p

gua baru lepas tulis surat dalam kad raya nih.
abaikan perkataan sayangku tuh. gua delete kang.
jiwang !  >.<
kadang2, rasa rindu tuh macam hilang separuh nyawa kan T_T

p/s : awak..lepas dgr awak membebel tadi, saya terus jadi ceria. terima kaseh awak sbb memahami saya ! :)

bye-bye.

Sunday, September 4, 2011

Satu pintu kebahagiaan hampir tertutup. harap2 takkan terus tertutup.

asalamualaikum.
hai sayang2 :)

arini aku rasa macam tak bersemangat je nk taip entry baru. tapi disebabkan aku ni mmg seorang yang berwawasan *anak merdekalah katekan*, aku gagahkan jugak jari ni. muahaha. erm..dah nak seminggu raya.sekejap je kan.tapi aku still tak berapa happy.happy happy jugak. tapi tak sehappy bila ada busuk dengan aku. huu.tetiba plak aku teringat pasal beliau. beliau menghilang sekarang nih. dah masuk 5 hari takde khabar berita. hanya Tuhan je tahu perasaan aku sekarang. aku still tggu n tetap menunggu. sabar n terus sabar. walaupun sabar tu ada tahap2 nya. tapi sabar aku masih belum melampaui batas ah. dari mana aku belajar sabar ni pun tak tahulah. cmne keadaan beliau sekarang ek. sehat ke tak. makin gemuk ke tak. yup, aku mengaku dgn korang, aku ade masalah dgn beliau sekarang. n makin meleret2 sejak raya pertama hari tuh. raya kedua, beliau msg mintak masa untuk tenangkan keadaan. ok, aku ikut je walaupun rasa rindu kt beliau macam nk rendam kepala dlm baldi. tapi kenapa beliau hilang terus ? T_T

mungkin salah aku. yup, mmg semua salah aku. aku rasa macam dah takde peluang untuk betulkan keadaan. apa yang aku rasa sekarang, aku lebih rela lepaskan beliau demi kebahagiaan beliau *dah macam zoo plak*. bia beliau rasa bebas tanpa apa2 ikatan dengan aku. dan mungkin itu yang beliau nak. aku dah tak sanggup nak saketkan hati siapa2 lagi. cukuplah buat kali nih. tapi aku taknak buat keputusan terburu2. orang kata, makan diri nanti. jadi, aku lebih selera selesa buat2 cool je walaupun snanye aku ni seorang yg hot. keputusan semua terletak kt tangan beliau. nak taknak, aku kena hormat.

kalau beliau boleh baca apa yang aku taip nih, aku cuma nak beliau tahu yang aku msih sayangkan hubungan nih. tapi aku hanya manusia biasa yang tak mampu untuk melawan takdir. andai kata jodoh kami setakat nih, aku kena terima. hanya Dia yang tahu apa yang terbaek untuk hamba2 Nya. dan aku yakin Dia telah merencanakan sesuatu untuk kami pada masa depan. namun, aku masih bersyukur kerana pernah dipertemukan dgn busuk, pernah dibahagiakan, pernah disayang, pernah diambil berat oleh beliau. terima kasih Allah untuk segala sinar kegembiraan itu walaupun hanya sekejap. dan aku harap, beliau akan jumpa seseorang yang lebih baik dari aku jika aku bukan pilihan beliau lagi. *yang penting bukan selena gomez pujaan hati beliau tuh*.

p/s : Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. tapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. Ya Allah, Kau kekalkanlah kebahagiaan dalam hidupku walau dalam bentuk apa sekali pun T_T


hoi, jangan nanges ah gedik ! *berkata kepada diri sendiri yang sememangnya dah bergenang nih*. gua kuat ok !


untuk awak, terima kaseh sbb sentiasa dengan saya ketika susah dan senang walaupun kita baru kenal. awak mmg comeeeeellllll ah ! haha  :)


bye-bye.

Friday, September 2, 2011

Nak wish selamat hari raya pun lupa T_T


hey peeps !
assalamualaikum :)
sori sgt2 sbb terlambat wish selamat hari raya kat korg2. dah raya ke-5 pun. walaupun takde sape yang nk baca sgt blog aku nih *hidup kena low profile*, tapi aku tetap terasa hot utk wish jgk kepada sape2 yang singgah masuk. kire siapa2 yang terbaca, korg memang antara yang special dan terpilih lah utk di wish oleh aku. haha. eklas dowh. ingt gua maen2 ke.

anyway, sekejap je dah masuk bulan syawal kan. kalau nak lebih saintifik lagi, dah masuk bulan september lah. aku dah pun buat satu hipotesis sebelum hari raya hari tuh. SEMAKIN EXCITED RAYA NAK DATANG, SEMAKIN BERKOBAR2 JUGAKLAH UPM PANGGIL BALIK. boleh ? haha. tu yang aku lemah tuh. tapi nk buat2 lupa je seolah2 upm tu tak wujud. gile tak sedar makin hari cuti makin singkat T_T

sebenarnya apa tujuan utama aku nih ? *sambil mengetuk2 kepala*. aku nk wish selamat hari raya kan ? muahaha. maaflah der..rasa cam dah melampau lambatnye bru nk wish raya. tapi disebabkan ni blog aku, aku atasi jgk kemelampauan tu ye.


pape pun, selamat hari raya. maaf zahir dan batin. mintak maaf kalau korg de terase dgn segala hasil tangan aku sebelum2 nih. *gua kena mention bnde nih sbb de org yg dah terasa*. takde niat utk mengutuk siapa2. sekadar berkongsi pengalaman, idea dan luahan rasa. korg ok kan ? :) sesungguhnya manusia takkan terlepas dari kesilapan termasuklah aku. sebab gua pun manusia gak beb ~
tak lupa jugak, selamat menyambut hari kemerdekaan. walaupun merdeka dah 3 hari lepas. raya raya jugak. merdeka jangan lupa. kalau kita tak merdeka, kita takleh maen mercun. haha.

p/s : rasa tersentuh tgk iklan2 raya dan merdeka dkt tv. salam 1 Malaysia ! :)

bye-bye .